Sebagai seorang gadis yang ceria dan bersahaja, kita pasti lebih selesa menggayakan pakaian kasual yang tidak terhad kepada celana dan baju-T semata.
Mengikut garis panduan fesyen yang berubah-ubah seiring trend, H&M baru-baru ini tampil menyunting Tiffany Young sebagai wajah untuk koleksi H&M Divided Music Campign yang mengetengahkan persalinan fesyen serba moden, feminin dan selesa.
Sebelum ini, Tiffany Young dikenali menerusi kumpulan K-Pop idol SNSD Girls Generation, namun sejak beliau mengambil keputusan untuk membawa haluan sebagai penyanyi solo di Amerika, Tiffany Young semakin dikenali bukan hanya kerana bakat nyanyiannya, bahkan personalitinya yang sentiasa positif untuk memperkasakan wanita adalah apa yang menjadi pujaan ramai.
Menerusi filem kempen H&M Divided Music musim ini, single terbaharu nyanyian Tiffany Young berjudul “Teach You” turut dimanfaatkan sebagai runut bunyi yang bisa memberi aura hebat buat sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Koleksi musim Luruh versatile H&M Divided 2018 boleh mula dibeli secara atas talian pada 5 Oktober nanti.
Terdiri dari helaian seperti jaket baldu, seluar denim, skirt berpotongan A, baju panas, dress dan banyak lagi… setiap satunya dihembus dengan elemen dan motif menyegarkan bahkan, palet warnanya juga mengasyikkan, sesuai bagi menyambut musim luruh dengan cara paling ringkas namun berkelas.