Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Hiburan

Wajib Tonton! Viu Tampil Dengan Tiga Drama Bersiri Original Bertaraf Antarabangsa

by Afiqah Syamin
September 6, 2018
5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Viu Malaysia, merupakan platform hiburan tanpa henti yang menawarkan seleksi pilihan drama, filem dan program televisyen Asia kini tampil mengumumkan bakal muncul dengan tiga buah drama bersiri hebat sepanjang September hingga November akan datang.

Foto -Wanista

Mendapat kerjasama daripada para pembikin filem tersohor seperti Kabir Bhatia, Megat Sharizal dan TJ Lee. para pelakon yang membintangi ketiga-tiga siri daram original terbitan Viu ini juga tidak kurang hebatnya termasuklah Bront Palarae, Lisa Surihai, Rebecca Lim, Cheryl Samad, Tony Eusoff, Idris Khan, Julia Farhana, Aeril Zafril dan ramai lagi!

Foto -Wanista

Untuk pengetahuan semua, ketiga-tiga drama bersiri yang berjudul “Jibril”, “Salon” dan “The Bridge” ini boleh dianggap bertaraf antarabangsa kerana konsep dan jalan penceritaannya yang berada diluar jangkauan minda klise ‘orang kita’ yakni jarang dapat dilihat dalam filem-filem mahupun drama buatan Malaysia.

SALON: 17 September 2018

Diarahkan seorang pengarah filem terulung, Kabir Bhatia. Ia dilakonkan aktres dan aktor tanah air seperti Julia Farhana, Idris Khan dan Iman Corinne Adrienne.

Drama ini berkisarkan tentang seorang wanita bernama Anna yang membuka sebuah salon baru yang seraya menjadi buah mulut orang.

Tonton Trailer SALON Yang Menyeramkan

Apa yang ramai tidak tahu, Anna sebenarnya memiliki kisah silam yang buruk dan sedang mengelolakan misi untuk mencari pembunuh yang pernah membunuh kaum keluarganya beberapa tahun dahulu dan bagi melunaskan kepuasan hatinya, dia ramai membunuh individu yang disyaki secara kejam dan aneh.

JIBRIL: 22 Oktober 2018

Lakonan Aeril Zafril, Lisa Surihani, Zahiril Adzim and Sangeeta Krishnasamy. Drama ini berkisarkan tentang ketamakan kuasa serta veritera dunia guaman yang realistik. Jibril yang merupakan seorang peguam disegani telah dipanggil untuk membela seorang suspek yang akhirnya membuka pintu kepada pendedahan rahsia tentang sebuah organisasi mahsyur, pernah dipimpin oleh seorang ketua yang sukar dimengertikan.

THE BRIDGE: 26 November 2018

Lakonan Bront Palarae, Rebecca Lim, Cheryl Samad dan Tony Eusoff. Sekujur tubuh mayat dijumpai di garisan tengah-tengah jambatan sempadan antara Malaysia dan Singapura, lalu pihak polis menghantar seorang wakil pasukan penyiasat dari kedua buah negara untuk menyiasat kematian tersebut berikutan identiti mayat yang tidak dapat dikenal pasti. Lebih parah, tubuh mayat itu pula telah dikerat dua dan bahagian badan serta kakinya yang disambungkan bukanlah berasal dari individu sama.

Motif demi motif dirungkai untuk mencari penyelesaian. Drama ini adalah adaptasi dari filem Sweden berjudul The Bridge (Bron/Broen).

Ketiga-tiga drama ini boleh ditonton menerusi laman sesawang Viu Malaysia, menerusi aplikasi Viu dan di NTV7.

Foto -Wanista

Aplikasi penstriman tontonan Viu boleh dimuat naik menerusi Apple Aps Store dan Google Play untuk pengguna Android. Untuk keterangan lanjut, klik [facebook.com/ViuMalaysia]

Tags: dramaDrama Bersiri Viu OriginalsHiburan TVJibrilKaki DramaLanggan ViuMuat Turun Aplikasi ViuPlatfrom Penstriman HiburansalonThe BridgeVIUVIU Malaysia
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - @puteranordanish2 (TikTok) / Facebook
Gosip Tempatan

“Patutlah Melekat, Setia Je”- Bekas PA Dedah Nur Sajat Bayar Jadoos RM1700 Setiap Bulan

by Opie Azizlan
January 6, 2022
0

Sumpah terkejut! Ingatkan masih bersama dan setia atas dasar cinta, rupanya wang. Rakan baik merangkap bekas pembantu, Mokkay mendedahkan Jad...

Baca Lagi
Foto - Netflix
Hiburan

Lagi Banyak Review Negatif Dari Positif, Ini Yang Gong Yoo Respon Tentang “The Silent Sea”

by IamLisa
January 5, 2022
0

"Betul ke siri The Silent Sea tak best? Kalau lihat pada review, kebanyakan lebih negatif daripada positif, dah kenapa?" Berbekalkan...

Baca Lagi
Foto - Okezone
Hiburan

‘Mengidam’ Naik Motor Vespa, Raffi Ahmad Hadiahkan Isterinya Nagita Slavina Vespa Dior

by IamLisa
January 3, 2022
0

Wanita lain mengidam makanan, tapi isteri kepada penghibur Raffi Ahmad lain macam mengidamnya. Bayangkan dia teringin naik motor Vespa. Dipetik...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Hiburan

Seriuslah?! 6 Selebriti Dilaporkan Telah Disaman Oleh Peminat Sendiri

by Opie Azizlan
January 3, 2022
0

Pernah terlintas tak peminat akan saman idola kegemaran mereka? Macam kelakar dan tak masuk akal, tetapi perkara itu ada berlaku...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.