Suatu masa dahulu supermodel ini pernah menggemparkan bukan sahaja dunia fesyen bahkan hiburan K-Pop apabila tampil bergambar topless dengan G-Dragon untuk majalah Vogue.
Siapakah supermodel yang paling beruntung ni?
Kelahiran Seoul, Korea berusia 32 tahun, Park Soo Joo menawan dunia pemodelan antarabangsa dengan penampilan, gaya dan signature rambut perangnya yang cukup menyerlah.
Miliki ketinggian 179cm, lebih dikenali sebagai Soo Joo juga bukan seorang model yang biasa-biasa. Lihat portfolionya yang sehebat adik-beradik Hadid.
#1 Cipta sejarah sebagai wanita Asia-Amerika pertama yang dipilih sebagai wajah kosmetik L’Oreal.
https://www.instagram.com/p/BFl-g-fq6Fk/?hl=en&taken-by=soojmooj
#2 Selain L’Oreal, wajahnya telah muncul di jenama kosmetik lain seperti Chanel, MAC, Tom Ford dan banyak lagi.
https://www.instagram.com/p/BlgZFOoDs2m/?hl=en&taken-by=soojmooj
#3 Lenggok jalan yang penuh yakin membolehkan dia ditempah untuk berjalan ketika Minggu Fesyen – Chanel, Balmain, Valentino, Moschino, DKNY, Berluti, Maxmara dan pelbagai lagi.
https://www.instagram.com/p/Bf1jZm9jj8Z/?hl=en&taken-by=soojmooj
#4 Muncul dalam setiap majalah fesyen utama dari ELLE, W Magazine, Harper Bazaar, Dazed & Confused sehingga Vogue.
#5 Penjagaan rambutnya sangat rumit. Soo Joo mewarnakan rambut perang sekali setiap bulan dan hanya seorang colorist yang bertanggungjawab terhadap rambut perangnya setiap kali berada di Amerika Syarikat.
https://www.instagram.com/p/BnJVtJpD9pu/?hl=en&taken-by=soojmooj
#6 Awal Januari 2018, Soo Joo mengumumkan pertunangan dengan jurugambar Jack Waterlot.
https://www.instagram.com/p/BelxgytD3MC/?hl=en&taken-by=soojmooj
#7 Soo Joo berkawan rapat dengan G-Dragon. Hubungan mereka ibarat “noona-dongsaeng”, bertemu dengan GD semasa sesi photo shoot dan dia langsung tidak tahu G-Dragon miliki populariti bukan sahaja di Korea malah serata dunia.
Bukan GD saja, bahkan Soo Joo berkawan dengan semua artis di bawah pengurusan YG Entertainment. Untunglah…