Seiring dengan perkembangan trend semasa, pusat membeli-belah Fahrenheit 88 kini menawarkan tarikan baharu berbentuk taman tema mini yang dipanggil Selfie Museum!
Istimewa buat si kaki selfie, kamu kini tak perlu berfikir panjang untuk mencari latar terbaik atau lokasi best untuk merakam foto-foto #ootd mahupun foto kenangan bersama teman sekalian. Selfie Museum pertama di Malaysia ini akan mula dibuka kepada pengunjung bermula 31 Ogos ini.
Terdapat 9 Bilik Yang Bertemakan Manisan
Apa yang menarik, Selfie Museum KL menawrakan 9 buah bilik bertema yang semuanya diinspirasikan dariapda manisan kegemaran rakyat Malaysia. Warna dan konsep yang diketengahkan semua bilik tema ini juga sesuai untuk semua peringkat umur bergembira bersama dan pastinya menggamit memori.
Antara bilik tema yang ditawarkan untuk pengujung berswafoto adalah termasuk “The Giant Cakes”, “Everything’s Sweet”, “Fluffy Path”, “Ice-Cream World”, “Rainbow”, “Super Happiness”, “Splash Lab” dan “Do-Nut-Stop”.
Setiap seatu bilik ini mempunyai penaja tersendiri seperti Hotlink, dUCk Scarves, Tealive & Llaollao, Baskin Robbins, SAMSUNG Galaxy serta Pandora.
Setiap perhentian pengunjung akan dapat merasa manisan unik!
Lebih mengujakan, pengunjung bukansahaja dapat berswafoto sepuas-puasnya dan bergembira bersama tersayang, manisan percuma juga akan diberikan berbentuk kek cawan berperisa sirap dan gula melaka, ais krim Baskin Robbins, minuman TeaLive dan banyak lagi tau! Seronok bergembira sambil mengenyangkan perut.
Harga Tiket:-
Dewasa: RM45 | Kanak-Kanak: RM30
Setiap pembelian tiket menerusi atas talian layak menerima diskaun RM5! Untuk keterangan lanjut sila klik [selfie.com.my].