Mimpi menjadi kenyataan, dUCk Cosmetics yang merupakan jenama rangkaian kosmetik buatan tanah air ini akhirnya berpeluang menguntai kerjasama dengan salah satu filem antarabangsa kegilaan ramai kini iaitu “Crazy Rich Asians”!
Jika lihat pada penampilan aktres yang memegang watak sebagai heroin bernama Rachel Chu dalam filem ini, solekan wajahnya ternyata natural dan tidak banyak mengubah rupa asal.
Meski solekan yang disapu ke wajah adalah tipis, Constance Wu tetap kelihatan menyerlah dengan gincu rona tanah serta solekan pembayang mata ala smokey eyes.
Tonton Trailer “Crazy Rich Asians”
Jika kamu obses dengan solekan berciri glamor untuk menepati cita rasa diri yang eksklusif, kit solekan Duck Cosmestics x Crazy Rich Asians ini menawarkan 5 item menarik untuk menghiasi wajah mulus kamu agar berubah menjadi wanita paling vogue saban hari!
Sesuai untuk gaya solekan pagi ke malam, terdapat gincu (LipstickWitU -Earthy Rachel), pengilat bibir (Glossip Girl -Sincerely Cece), gincu matte (Matte Decisions -Simply Paige), palet pembayang mata (All-Eye-Ask)serta primer wajah (Matte About You) untuk melengkapi rutin solekan yang rigkas.
Kit lengkap yang bisa membantu kamu menyiapkan diri dalam tempoh tidak sampai 10 minit ini ditawarkan pada harga RM350, dan ia hadir dalam kotak keras khas yang berbentuk buku novel. Sesuai juga untuk dijadikan hantaran mahupun bingkisan istimewa buat yang tersayang!
Untuk keterangan lanjut, sila klik [duckcosmetics] atau kunjungi butik dUCk Cosmetics untuk mendapatkannya.