Isu keluarga Meghan Markle langsung tak pernah surut sejak sebelum mahupun selepas perkahwinannya bersama Putera Harry.
Walaupun ramai yang menganggap ia merupakan satu tekanan pada Duchess of Sussex tapi percayalah beliau mempunyai cara tersendiri menghindar segala kebencian atau tidak tanduk yang boleh menjatuhkan maruahnya.
Rupanya Meghan sentiasa bersikap positif dan membersihkan mindanya dari perkara-perkara ‘toksik’.
Melalui posting dalam blognya terdahulu, The Twig, Meghan berkongsi satu kata-kata motivasi dari Jose Micard Teixeira.
Jelas menunjukkan Meghan tidak lagi peduli tentang perkara yang remah, melemahkan dan tidak lagi mahu mensia-sia masa dengan mereka yang tidak menyayanginya. Senang cerita, Meghan tolak jauh-jauh orang sebegitu dalam lingkaran hidupnya.
Baca: ‘Batalkan Perkahwinan’ – Abang Meghan Markle Beri Amaran Pada Putera Harry
Dengan apa yang Meghan Markle lalui sekarang semestinya memberi kesan mendalam lebih lagi bapa dan kakak tiri yang sering menyerang beliau melalui media.
Sumber terdekat memaklumkan sehingga kini Meghan langsung tidak menghubungi bapanya, Thomas Markle walaupun selepas beberapa bulan berkahwin. Bapa Meghan kerap menyatakan cerita palsu mengenai anak perempuannya dan peranan Istana Kensington yang kononnya tidak membenarkan dia menghubungi Meghan.
Lebih teruk lagi apabila si kakak tiri, Samantha Markle semakin lagak bercakap buruk tentang Meghan dan keluarga mertuanya. Bayangkan, Samantha mengelarkan Meghan seperti watak antogonis Disney, Cruella de Vil dan mempersoalkan status kristian Ratu Elizabeth. Lebih teruk lagi, Samantha menyalahkan Meghan Markle jika bapa mereka meninggal dunia. Drama sungguh!
Wanista setuju tindakan Meghan, buat pening kepala sahaja layan orang yang cuba jatuhkan kita. Lebih baik fikirkan perkara yang membawa diri kita dekat dengan kemajuan diri.