Jika anda diselebungi dengan misteri parut jerawat kekal, gelap, hitam dan degil seperti penulis. Pasti anda akan rasa tertekan untuk setiap kali menutup bahagian tersebut dengan mekap. Hasilnya mekap akan tampak tebal dan bercapuk pada penghujung hari.
Memang terdapat pelbagai cara untuk mengurangkan tompok gelap parut, salah satu cara paling popular ialah dengan skrub muka. Ternyata langkah skrub memang paling mudah, berkesan tapi mengambil masa yang agak lama untuk pudar. Molekul halus pada skrub dapat membantu menyingkirkan kulit mati dan memperhalusi lagi kulit anda.
Sebenarnya terdapat alternatif lain untuk mengurangkan, memudarkan dan menghilangkan parut jerawat anda. Baru-baru ini penulis mencuba produk yang mengandungi Glycolic Acid. Ianya satu formula kimia yakni dari kompenon halus AHA (Alpha hydroxy acid) khas untuk mengurangkan kedutan dan memperbaiki kondisi kulit.
Jadi, bagaimana pula Glycolic Acid?
Glycolic Acid dipercayai mempunyai kadar ph yang paling rendah 0.6 iaitu baik untuk sifat penggelupasan kulit. Walaupun begitu, ia tidak membahayakan epidermis kulit dan dapat menyingkirkan kulit mati (parut jerawat, pigmentasi) dengan berkesan tanpa iritasi. Disamping itu, bahan kimia yang mesra ini mampu menggalakan semula pengeluaran kolagen.
Penggunaan Glycolic Acid
Sudah sekian lama Glycolic Acid digunakan dalam produk kecantikan terutamanya pada produk penjagaan kulit. Biasanya ia dicampurkan dalam produk seperti penyegar, krim pencerah atau krim penggelupasan kulit. Namun kini anda boleh mendapatkan produk dengan kandungan Glycolic Acid lebih pekat. Ini menjadikan ia boleh menggantikan rutin skrub anda dengan membersih, menyegar atau menyapu Glycolic Acid pada kulit anda.
Sama seperti melakukan skrub, anda hanya perlu menggunakan Glycolic Acid seminggu 2 hingga 3 kali. Rutin penjagaan wajah anda wajib lengkap dengan membersih, menyegar, melembab dan memakai sunscreen. Jangan hanya bergantung pada Glycolic Acid kerana kulit boleh menjadi kering. Iyalah apa pun ia tetap exfoliate kulit anda.
Antara produk berteraskan Glycolic Acid pilihan penulis. Jangan risau, penulis boleh jamin dengan keberkesanan dan kualiti produk.
#1 Mario Badescu Glycolic Foaming Cleanser
#2 The Ordinary Glycolic Acid 7% Toning Solution
#3 Pixi Glow Tonic
Produk sebegini ternyata lebih lembut dan segar pada kulit berbanding anda terpaksa mengoles wajah dengan butiran kasar skrub.
Jadi buat anda yang serik dengan parut jerawat gelap, boleh cuba produk dari kandungan Glycolic Acid. Tapi jangan lupa untuk akhiri rutin penjagaan wajah dengan krim pelembab dan sunscreen (penting).