Siapa sahaja yang tak nak bibir mungil, anjal dan mampu memberikan kelembapan.
Bibir yang mungil, tebal dan seksi memberikan gaya sensual pada pemiliknya. Bibir sebegini kelihatan cantik bila dioles gincu bibir, tampak makin berseri dan menggoda bila dilihat.
Lagi satu, siapa yang tidak mahu untuk kelihatan seksi, lebih-lebih untuk si dia tersayang. Mesti terasa bahagia bila direnung tersayang, kan…
Oleh itu daripada membazir wang ringgit untuk melakukan lip filler seperti Kylie Jenner, apa kata cuba aplikasi produk paling best ini, sedikit demi sedikit bibir anda mulai naik dan anjal.
Sugar Lip Wonder Drops Advanced Therapy
Perkenalkan Sugar Lip Wonder Drops Advanced Therapy – formula terbaru untuk merawat bibir kering, sihat dan kembali anjal. Dikeluarkan dalam jenis gel cecair, Sugar Lip Wonder Drops Advanced Therapy mampu menyerap semula, melembut dan melicinkan bibir dalam beberapa saat, menjadikannya bersedia untuk aplikasi berani dan tahan lama.
Diperkaya dengan ekstrak bunga raya yang mengandungi Alpha Hydroxy Acids (AHAs) semulajadi, formula sempurna dengan campuran gula dan ekstrak buahan yang digabungkan dengan asid hyaluronic meninggalkan bibir lembut dan segar.
Cara penggunaan : Hanya aplikasi di atas bibir dengan diurut keseluruhan bibir.
Mac Prep + Prime
Satu lagi produk penulis ingin memperkenalkan kepada anda semua ialah Mac Prep + Prime.
Sama sekali bukan lipbalm, gincu bebas warna yang menambahkan kelembapan, melicin dan anjal untuk si pencinta gincu bibir jenis matte. Kita sedia maklum, adakalanya gincu matte selalu memberi finishing yang kering dan berkerak, nampak tidak cantik. Jadi Mac Prep + Prime menyelamatkan anda dari semua itu.
Rata-rata beauty junkies yang sudah mencuba Mac Prep +Prime mengatakan produk ini lebih bagus daripada lipbalm. Walaupun lipbalm berfungsi dengan baik sebagai asas untuk gincu, tetapi ternyata Mac lip primer membuat warna gincu bertahan lama, dan membantu mengekalkan bibir terhidrat. Primer adalah idea yang baik untuk hari-hari yang panjang, atau majlis-majlis khas.
Sukakannya? Anda boleh mula dapatkan produk ini di Sephora dan kaunter kecantikan Mac bermula Ogos.
Kalau muka sahaja cantik tapi bibir berkerak dan kering, tak boleh juga…
Lots of Love ❤