Wanista senaraikan aktor kacak ini antara selebriti yang miliki bakat fotografi seperti profesional. Semuanya dapat dilihat pada koleksi foto beliau di media sosial Instagram.
Baca: Selain Nicholas Saputra, Siapa Lagi Selebriti Ada Bakat Fotografi Tahap Profesional
Selain sibuk menjalankan aktiviti sebagai penghibur, ternyata Nicholas Saputra juga mempunyai aktiviti lain di luar dunia hiburan iaitu fotografi.
“Hobi fotografi sudah bermula sejak dari zaman kolej lagi. Saya mengambil jurusan seni bina, jadi salah satunya ada kursus foto, ” jelas Nicholas yang pernah menuntut ilmu di Universiti Indonesia.
Jika anda perhatikan di laman Instagramnya, hampir kesemua merupakan koleksi foto ketika mengembara sama ada dalam negara mahu pun luar negara dan Nicholas hanya menggunakan telefon pintar saja.
Masih mengekalkan kecantikan semula jadi sesebuah negara, Nicholas tidak melakukan penyuntingan berlebihan untuk setiap foto. Lantas membuatkan kita yang melihat kagum dengan hasil aesthethic beliau.
#1 Venezia, Italia
#2 Cairo, Mesir
#3 Istanbul, Turki
#4 Sumba, Indonesia
#5 Jordan
#6 Central Park, NYC
#7 Cappadocia, Turki
#8 Arizona, Amerika
#9 Pulau Misool
#10 Tokyo, Jepun
Mengagumkan bukan? Terasa seperti ingin melancong ke sana pula.