Sekali pandang, terasa hebat betul seni bina jambatan baharu yang ada di Vietnam. Tersergam indah atas gunung yang berlatarkan pemandangan atas awan dari pinggir Ba Na Hills, ia dikenali sebagai Golden Bridge (Jambatan Emas) dalam kalangan masyarakat setempat.
Lebih menarik, reka bentuk jambatan ini diserlahkan dengan dua arca gergasi -diukir membentuk dua tangan seraya memegang jambatan yang berketinggian 1,400 meter itu di satu sudut. Sungguh menakjubkan!
Menurut sebuah laporan, khabarnya jambatan itu baru sahaja dibuka kepada orang awam sejak Jun lalu dan sehingga kini, tidak putus-putus kunjungan diterima daripada pelancong setempat dan luar negara kerana dari jambatan tersebut, pengujung bisa sahaja melihat oemandangan indah secara lebih jelas sambil berpeluang menghirup udara segar dari tanah tinggi.
Ini adalah sebahagian inisiatif sektor pelancingan Vietnam untuk menarik lebih 1.5 juta pengunjung dalam masa terdekat dan kos pelaburan untuk membina jambatan hebat ini bernilai sekitar RM8 billion!
Selain tangan gergasi, tanaman berbunga renek rona ungu jenis Lobelia Chrysanthemums turut ditanam di sepanjang sisi jambatan untuk menaikkan seri lokasi tarikan pelancong berkenaan.
Rasai deru angin sempoi bahasa menyapu kulit sambil disinari terik mentari, jangan lupa berkunjung ke Ba Na Hills, Vietnam, untuk rakam detik istimewa bersama teman mahupun tersayang sambil berlatarkan suasana mendamaikan dari atas gunung.