Siapa di sini merupakan penggemar minuman Bubble Tea? Cepat, mengaku!
Penulis juga menggemarinya, lagi-lagi bekerja dekat dengan pusat membeli belah memang “Pearl Milk Tea” dengan bubble yang akan dimintanya. Tapi tidaklah sampai hari-hari ye semua…
Sebelum ini, terdapat satu kes berlaku di Taiwan di mana seorang wanita yang sudah mengamalkan bubble tea sejak di bangku sekolah sehingga mengalami kerosakan wajah. Bahananya dia minum bubble tea setiap air.
Baca: Minum Bubble Tea Setiap Hari, Wajah Wanita Rosak Teruk
Tahukah anda bahawa bebola kecil bubble tea yang diperbuat daripada tepung ubi kayu yang dipenuhi dengan gula sama buruknya seperti gula-gula manisan?
Menurut The Daily Meal, “Direbus dan kemudian tepu dengan gula, bebola kecil tersebut boleh tambah 5 hingga 14 kalori ke dalam minuman yang sedia ada mempunyai kalori tambahan dari gula, perisa, tambahan manisan.
Bayangkan satu pearl boleh menambah 5 hingga 14 kalori sahaja. Dan biasa berapa yang kita akan letak, tak terkata banyaknya.
Dan lagi teruk satu minuman bubble tea boleh mengandungi sebanyak 50 gram gula, yang bersamaan dengan 500 kalori – dan itu jika anda tidak menambah semua makanan tambahan lain seperti nata de coco atau puding.
Jadi, masih lagi nak minum ke? Kalau tanya penulis, boleh asalkan berpada-pada janganlah sampai ketagih setiap hari. Sekarang mungkin tidak nampak kesannya tapi akan datang siapa nak jangka.