Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home News

Selain Rosmah, Isteri Pemimpin Ini Turut Digelar Kaki Shopping

by Izzah Azizah
July 26, 2018
181
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tipulah kalau tiada pun dari kita mengangankan hidup kaya-raya bukan?

Kita kenal dan tahu kisah isteri bekas perdana menteri keenam, Rosmah Mansor.

Mungkin ada diantara kita tidak tahu bukan Rosmah sahaja yang mempunyai sikap gemar berbelanja.

Foto – The Malaysian Insight

Menjadi isteri kepada individu yang berpengaruh memudahkan mereka untuk mengakses apa jua kemahuan. Namun apa yang mereka tidak tahu, sepandai-pandai tupai yang melompat akhirnya jatuh ketanah jua. Lima wanita ini menjadi popular sekelip mata dengan kisah-kisah boros mereka dan lantas menyebabkan kejatuhan kuasa suami.

Marie Antoinette

Foto – ancient-origins.net

Lagenda kaki shopping paling popular. Beliau ialah Ratu Perancis yang terakhir sebelum mati dibunuh oleh rakyatnya sendiri. Sikap bermewah-mewah dan suka berjudi Antoinette sehingga tidak mempedulikan penderitaan dan kesengsaraan yang dialami rakyat. Perbelanjaan ratu itu menyebabkan kegawatan ekonomi Perancis dan memaksa rakyat Perancis melakukan revolusi secara besaran menghalau serta membunuh para bangsawan.

Foto – Boutique Bike Tours

Koleksi berlian Antoinette bernilai lebih besar dari harga rumah agam. Bayangkan juga dia sanggup membayar 2 juta franc bagi menambah baik villa percutian miliknya Versailles dengan mereka sungai buatan manusia, mencipta rotunda dan beberapa buah rumah villa kecil.

IKLAN

Grace Mugabe

Foto – The Christian Science Monitor

Isteri kedua kepada bekas Presiden Zimbabwe sememangnya paling hebat membeli-belah ketika negara dalam keadaan huru-hara. Pernah menghabiskan $120,000 hanya shopping di Paris dan Grace telah disenarai hitam untuk masuk ke Eropah. Ini salah satu cara untuk menyekat isteri Robert Mugabe untuk berbelanja sakan menggunakan duit rakyat.

Foto – Metro

Selain sikap shopping berlebih, Grace telah membina dua istana khas kemudian dijual pada Muammar Gaddafi bekas perdana menteri Libya. Mengejutkan istana kedua yang dibina ialah hasil dari dana parti politik suaminya yang bernilai $26 juta.

Imelda Marcos

Foto – Los Angeles Times

Pengumpul kasut mewah paling tegar. Selepas suaminya kehilangan kuasa memerintah Filipina, Imelda kemudian lari keluar negara dengan meninggalkan 15 kot bulu haiwan, 508 gaun, 888 beg tangan dan 1,060 pasang kasut mewah. Wanita ini juga gemar mengumpul koleksi karya seni dari pelukis Michelangelo, Botticelli, Canaletto, Monet dan Raphael. Dimana 175 lukisan tersebut bernilai jutaan dolar.

Foto – tageswoche.ch

Imelda berbangga dengan koleksi pakaian mewahnya dari hasil wang curi semasa pemerintahan suaminya yang dianggarkan $5 bilion hingga $10 bilion. Anda boleh melihat sendiri koleksi kasut Imelda Marcos di Marikina Shoes Museum yang menampilkan hampir 800 pasang kasut bekas Wanita Pertama Filipina itu.

Kuasa dan duit adalah nafsu boleh membuatkan manusia hilang pertimbangan dan menjadi suatu yang menakutkan.

RUJUKAN 1 & 2 

Tags: first lady pemborosisteri pemimpin suka shoppingisteri pemimpin yang boroskembar rosmah mansorkisah imelda marcossikap boros isteri pemimpin
Share72SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Selain Rosmah, Isteri Pemimpin Ini Turut Digelar Kaki Shopping

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.