Buat pasangan yang baru berumah tangga, kehamilan adalah perkara yang ditunggu-tunggu. Namun, kemungkinan untuk seseorang wanita itu hamil secara cepat bukanlah perkara mudah dan boleh dijangka dengan akal manusia.
Sesungguhnya, kesabaran yang tinggi serta daya usaha yang bersungguh di antara suami dan isteri itu amat diperlukan pada saat yang sepatutnya bagi mendapatkan zuriat. Nah wanista kongsikan enam tanda ideal bagaimana kamu boleh mengetahui waktu kesuburan yang tepat.
#1 Bahagian Payudara Jadi Sensitif
Bila kamu sedang subur, payudara akan jadi lebih sensitif di mana ia akan membengkak atau mungkin menegang. Ini adalah salah satu reaksi yang disebabkan hormon.
#2 Kiraan Kitaran Haid
Jika kitaran haid kamu adalah 28 hari, waktu kesuburan kamu mungkin pada hari ke-14, bermula dari hari pertama datang haid. Jika kitaran haid adalah 32 hari, waktu kesuburan mungkin jatuh pada hari ke-18 (kira dari hari pertama haid). Jika haid tidak teratur, teknik ini tidak akan membantu.
#3 Cairan Vagina Mirip Putih Telur
Cara mudah untuk tahu sama ada kamu sedang subur atau tidak adalah dengan melihat konsistensi cecair yang keluar dari alat sulit. Jika ia kental dan kering bermaksud kamu belum subur tetapi jika cairan itu melekit seperti krim atau menyerupai putih telur kejernihannya, kamu mungkin sedang subur.
#4 Fungsi Deria Meningkat
Bukan setakat payudara je sensitif, deria penglihatan, rasa dan menghidu kamu pun bakal sensitif jika sedang subur tau?! Jadi kalau hidung asyik terbau macam-macam yang orang lain tak bau, korang mungkin sedang subur.
#5 Bahagian Serviks Rasa Sakit
Nak kata datang bulan, baru je lepas haid… tapi kenapa bahagian serviks rasa sakit pula ni? Kamu tengah subur lah tu! Perut akan siap sedia buka ruang untuk kemasukan sperma, sebab tu bahagian serviks rasa kembang je.
#6 Peningkatan Libido
Jika kamu mudah terangsang dan rasa bernafsu, kamu mungkin sedang subur dan bisa hamil sebaik melakukan seksual dengan pasangan. Untuk hamil, pasangan tak perlu kerap lakukan hubungan seksual kerana hakikatnya sperma boleh hidup tiga hingga lima hari dalam tubuh wanita untuk proses persenyawaan.
Jadi, lepas baca semua informasi ni… korang tengah subur ke tak? ❤