Merupakan bintang paling top di China buat masa ini, Dilraba Dilmurat adalah seorang aktres berjaya yang namanya banyak dikenali hingga ke Korea dan negara Eropah!
Sering menjadi muka hadapan majalah-majalah terkemuka seperti ELLE, GRAZIA dan Harper’s Bazaar, masih ramai yang tidak mengenali gadis cantik ini. Jom Wanista kongsikan 10 fakta pengenalan mengenai Dilraba Dilmurat yang kian menggugat kedudukan bintang popular lain seperti Angelababy dan Fan Bingbing.
#1 Lahir 2 Jun 1992
Siapa sangka dengan rupa paras yang jelita dan bentuk badan mengiurkan begitu, Dilraba masih muda rupanya, baru 20-an.
#2 Ada Banyak Nama Singkatan
Para peminatnya sering memanggil Dilraba dengan nama “Pang Di” dan “Xiao Di” manakala ahli keluarganya pula menggelar dirinya dengan nama “Gordo Di” atau “Reba”.
#3 Merupakan Graduan Teater
Tidak hairan dengan bakat dan kecantikan yang Dilraba ada, beliau merupakan seorang graduan teater dari Shanghai Theatre Academy.
#4 Merupakan Keturunan Suku Muslim Di China
Sehingga kini ramai yang bertanya tentang status agama Dilraba kerana menurut masyarakat setempat, suku etnik Uyghur kebanyakannya adalah beragama Islam. Sesetengah daripada mereka (suku etnik Uyghur) percaya yang mereka adalah keturunan muslim Turki dan selebihnya menganggap mereka adalah keturunan Mongolia.
#5 Pernah Berjalan Di Pentas Minggu Fesyen Milan
Bukan ikon calang-calang kerana sekitar September 2017, Dilraba pernah berjalan di pentas peragaan pada Minggu Fesyen Milan untuk jenama fesyen tersohor, Dolce & Gabbana.
#6 Susah Naik Berat Badan?
Dalam satu temu ramah, Dilraba pernah menjelaskan yang dirinya memang suka makan jajan. Tapi entah kenapa dia sukar naik berat badan biarpun kerepek kentang dan coklat adalah kegemarannya. Dilraba berketiggian 169cm dengan berat badan 50kg.
#7 Jadi Popular Menerusi Siri “The King’s Women”
Bergandingan dengan Zhang Bin Bin pada 2017, ia merupakan drama bersiri mengisahkan kisah romantis berlatarkan sejarah Maharaja China. Memainkan watak sebagai wanita menawan bernama Gongsun Li, Dilraba pegang watak Maharani pertama dalam drama itu.
#8 Suka Warna Hitam
Dilraba suka rona-rona monokrom. Boleh kata, kebanyakan pakaian hariannya yang dirakam lensa kamera semuanya berwarna hitam dan putih.
#9 Digosip Dengan Aktor-Penyanyi Tampan, William Chan!
Yang seorang cantik, yang seorang kacak! Meskipun kedua mereka tak pernah mengaku tetapi dari kemesraan yang terpancar, peminat dapat meneka yang mereka sebenarnya sedang berpacaran. Ada juga foto-foto mereka keluar bersama dirakam paparazi.
#10 Boleh Bercakap Dalam Pelbagai Bahasa
Hebatnya Dilraba, dia bisa bertutur dalam bahasa Thai, Korea, Rusia, Inggeris, Mandarin dan banyak lagi.
Hebat kan pelakon dan model bernama Dilraba ni? Muda-muda dah popular dan untung boleh berdiri sama tinggi dengan aktres popular lain. Apa-apa pun, kecantikan Dilraba ni khabarnya memang asli dan bukan disebabkan pembedahan kosmetik seperti yang pernah dilakukan Angelababy. Oppss!
RUJUKAN 1, 2