Ramai wanita kini mengeluh kerana ada diantara mereka menganggap susah benar untuk mencari yang satu.
Benar, zaman nak cari jodoh memang payah, dah jumpa nak jaga hubungan pun juga payah dan bila berkahwin lagilah banyak perkara untuk diatasi. Namun itu semua jadi smooth dan no hal kalau kita bersama dengan pasangan yang juga menginginkan hal yang sama.
Masalahnya takde pun jumpa lelaki macam itu! Asyik-asyik kita sahaja yang kena tinggal, padahal kenal pun baru sahaja 3 bulan. Kenapa dan apa silap anda?
Silapnya kerana anda tidak tahu rupanya diri dan jiwa anda dipermainkan oleh lelaki tidak matang a.k.a PLAYBOY. Mari Wanista bantu anda untuk kenali ciri Playboy sekaligus menyelamatkan diri anda!
#1 Acah-acah boyfriend
Setiap kelakuan dan tindakan yang dilakukan buat anda rasa istimewa. Dia sanggup bertemu rakan baik dan kenali keluarga anda. Malah dalam masa yang singkat dia jadikan anda seseorang yang penting seperti menyambut hari jadi bersama dan segala kemahuan anda dituruti. Wah bestnya!

Namun berbeza dengan dia, anda tidak berapa tahu tentang dirinya. Siapa rakan baik, keluarga, pekerjaan dan tarikh lahirnya. Orang yang betul-betul mahukan anda akan menghargai anda dengan membawa anda bertemu mereka yang penting dalam hidupnya. Percayalah apa yang dia lakukan hanya untuk mengisi kekosongan masa.
#2 ‘Hidup’ pada waktu malam

Macam biskut chipsmore, sekejap ada sekejap tiada. Dia hanya muncul pada waktu malam kecuali jika anda dahulu yang mengantar mesej. Ayat yang dihantar juga hanyalah ‘You busy ke?’ tidakpun ‘Buat apa tu?’ pada pukul 2 pagi.
#3 Emosi macam perempuan

Anda jadi serba-salah bila dengan lelaki ini kerana tidak tahu apa yang dia mahu. Bila anda ajak untuk date mulanya dia okay tapi bila sampai masa kata tidak jadi pula. Alasannya pasti anda juga akan dipersalahkan kerana ajak pada saat-saat akhir. Setiap kali anda perkara yang tidak kena, pasti jari ditundingkan pada anda. Ini semua untuk pergerakan kantoi si playboy.
#4 Tak henti puji anda
Segala apa benda yang anda lakukan semuanya terbaik. Mulut dia tidak pernah penat untuk memuji anda dari segenap inci. Ini adalah satu cara untuk menagih kepercayaan pada diri anda. Iyalah, perempuan mana tak suka dipuji dan bila dipuji pastilah suka, sayang dan jatuh cinta.

Sampai bila anda nak hidup dalam angan-angan? Cuba cermin dulu muka anda..layak ke nak dapat pujian setiap hari. Nampak sangat lelaki tu penipu…
#5 Suka follow Instagram girls semata-mata

Cukup bertuah kalau anda dapat follow atau di’approve’ akaun Instagram dia. Ambil peluang ini untuk stalk dan lihat siapa yang dia ikut. Ternyata kalau penuh dengan akaun gadis-gadis cantik ucapkanlah bye bye.
Tinggalkan sahajalah lelaki begini tak usah pedihkan hati sendiri. Lelaki suka pasang banyak sebenarnya kurang kasih sayang, jadi tak perlu anda nak bazirkan masa, wang dan tenaga beri kasih sayang. Stop!