Dalam bahasa saintifiknya dikenali sebagai Itchyosis Vulgaris, masalah kulit yang memperlihatkan tekstur kulit berupa seperti sisik ikan ini adalah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita. Baik kanak-kanak mahupun dewasa, semuanya tidak terkecuali menghidap masalah ini lebih-lebih lagi bagi mereka yang begitu sensitif.
Kondisi kulit bersisik umumnya mengakibatkan hilangnya lapisan luar kulit iaitu epidermis dalam jumlah yang besar sekaligus membuatkan permukaan kulit menjadi tegang sehingga terlihat berkerak. Ini adalah masalah kekeringan kulit ekstrim yang bisa menjadi punca keradangan.
Rasa Gatal Disebabkan Kulit Kering
Memang penghidap maslaah kulit bersisik akan rasa gatal dengan kerap, lebih-lebih lagi apabila duduk dalam kawasan yang berpenghawa dingin. Lebih kering kulit kamu, lebih gatal rasanya.
Menurut artikel kesihatan terbitan Mayo Clinic, gejala kulit bersisik adalah termasuk tekstur kulit menjadi kasar, kulit seolah menegang, kulit menebal, mengelupas, sensitif dan nampak keputihan. Hal demikian membuatkan masalah kulit ini sukar dirawat meskipun sudah disapu pelbagai jenis krim dan losyen topikal kononya untuk memberi kelembapan.
Kulit Bersisik Adalah Penyakit Keturunan
Biasanya seseorang mendapat penyakit ini kerana keturunan dan ia boleh dilihat sejak dari kecil dan biarpun ada suatu ketika ia akan sembuh, tak mustahil masalah ini boleh timbul semula dalam jangka masa terdekat.
Jika kedua ibu bapa individu itu tidak mempunyai masalah ini, si penghidap mungkin mengalami masalah tiroid, ketidakfungsian buah pinggang, beroenyakit kanser atau mungkin kerana efek ubat-ubatan yang diambil.
Cara Sembuhkan Kulit Bersisik Tanpa Guna Khidmat Doktor
1. Berus badan secara berkala untuk tanggalkan kulit mati yang disebabkan kekeringan.
2. Sapu losyen yang bersesuaian atau balm badan yang mengandungi “propylene glycol”. Ia akan bantu kulit kamu untuk terus lembap.
3. Produk yang mengandungi urea, laktik, asid salasilik juga boleh bantu menanggalkan lebihan kulit mati.
4. Pastikan rumah mempunyai humidifier untuk kekalkan kadar lembap dalam rumah.
Jadi tak mustahillah, kalau kamu ada masalah kulit bersisik ni, anak-anak kamu pun nanti akan menghidap penyakit kulit yang sama. Ini adalah salah satu penyakit genetik yang biasa. Tak ada apa yang perlu dirisaukan okay?
Selamat beramal! ❤