Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result

Mengenyangkan, 10 Idea Smoothie Sayuran Paling Sihat Dan Sedap

by IamLisa
July 17, 2018
8
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Mindset kita bila melihat smoothie warna hijau, terus dikatanya minuman healhty dan rasa tak sedap sebab dari sayur-sayuran.

Mujurlah resepi smoothie sayuran telah dipelbagaikan tetapi masih kekal khasiatnya. Daripada beli, anda boleh bereksperimen dengan perisa, pilihan sayuran, mengawal jumlah gula dengan tambahan buah-buahan, protein, dan apa sahaja yang anda ingin ke dalam smoothie. Semua mengikut kesesuaian sendiri.

Kalau masih buntu, tiru sahaja idea Wanista yang kesemuanya mudah, sihat dan semestinya sedap.

Smoothie Kale Bersama Pisang Dan Mangga

Korang pernah minum Juice Boost Mango Magic – rasa pisang dan mangga disatukan. Yang ini lebih kurang, cumanya ditambah dengan kale dan menggunakan almond milk, dan ditabur hemp seed.

Foto – Pinterest
Bayam Bersama Mangga Dan Nanas

Salah satu resepi dari Sharifah Sakinah, katanya smoothie ini mampu mengenyangkan sehingga ke tengahari. Caranya kisar kesemua bahan – bayam, nanas, mangga yang dibekukan, greek yogurt dan susu segar (Sakinah guna dari jenama Farm Fresh).

View this post on Instagram

Sis cuba untuk jadi youtuber tapi sis pelupa . Nak buat juice pun lupa beli pisang. Teringin lah nak buat video2 tutorial tapi 🤧 . Eh kita puasa tau ni video dulu. Faiz roslan je tak puasa

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on Jun 1, 2018 at 10:07pm PDT

Smoothie Peria Katak, Batang Saderi, Epal Hijau, Timun

Agak pelik gabungannya. Tapi menurut Sakinah, smoothie ini bukan sahaja mengenyangkan tapi bagus untuk mencuci perut, sesuai untuk yang nak kurus. Kisar kesemua bahan dan tambah madu lebah asli, kalau nak rasa manis.

View this post on Instagram

Siapa suka peria katak?! Hehehe Everything needs a good cleaning every once in a while. Get back on track! It Works! Cleanse 🌿 is here to flush out toxins so you can feel and look your best! @mykuvings

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on Jun 12, 2018 at 1:30am PDT

Bayam, Strawberi, Pomegranate

Kaya dengan antioksidan. Caranya kisar sayur bayam, strawberi, air kelapa dan pomegranate, tambah greek yogurt untuk lebih pekat.

Foto – Pinterest
Campuran Bayam, Pisang, Avokado

Ada sesiapa yang makan avokado? Buah yang banyak khasiatnya bukan sahaja untuk kesihatan dalaman bahkan kecantikan juga. Smoothie dari avokado, kayu manis, bayam, pisang dan susu badam, adalah cara terbaik untuk kembali ke tabiat pemakanan sihat.

Foto – Pinterest
Matcha, Pir, Bayam

Mencari smoothie yang dapat memberi anda rangsangan tenaga dan membantu anda pulih selepas senaman yang berat? Smoothie matcha atau teh hijau, pernah rasa? Hanya kisar bayam, buah pir, matcha dan susu badam bersama.

Foto – dailyburn.com
Bayam Dan Oren

Rasa sitrus juga boleh memberi anda rangsangan tenaga, jadi cuba campuran resepi ini sebelum anda keluar rumah. Buah oren, bayam, pisang, air kelapa dikisar. Jika ingin berais, tambah ais. Jika nak creamy, letakkan sedikit susu segar atau susu badam. 

Foto – savvysassymoms.com
Campuran Bayam Bersama Blueberi

Warna memang nampak menakutkan tapi rasa sedap. Smoothie kaya dengan antioksidan, sumber vitamin K dan C, campuran daripada bayam yang dibeku, blueberi juga dibeku, daun pudina untuk rasa segar dan wangi, air kelapa dan ais.

Foto – themerrythought.com
Campuran Kale Bersama Peach, Nanas, Pisang

Kali ini bertukar ke kale pula. Cara sama sahaja, kisar kesemuanya – kale, peach dan nanas yang dibeku, pisang dan susu badam. Untuk ekstra nutrien, boleh tambah flaxseed atau chia seed, mengikut cita rasa masing-masing.

Foto – dailyburn.com

Mudahkan? Sekarang bila dah kenyang, tiada lagi nasi lemak, roti canai, mee goreng. #EatClean #GreenSmoothie

Tags: 10 resepi smoothie sayur-sayurangreen smoothieidea smoothieidea smoothie sayuransmoothie sayur-sayuransmoothie sayuranvariasi smoothie sayuran
Share3SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Levi's
Fesyen

5 Individu Berwawasan Bergabung Menerusi Kempen Levi’s The Travelling 501

by IamLisa
May 18, 2022
0

Untuk meraikan masa lalu, sekarang dan depan, Levi's telah berganding tenaga dengan ima indivud berwawasan di Asia Tenggara yang menyerlahkan...

Baca Lagi
Foto - Vogue
Fesyen

Selain Harry Style, Siapa Selebriti Lelaki Yang Sertai Trend Warnakan Kuku?

by Opie Azizlan
May 18, 2022
0

Beza daripada dulu sama ada lelaki biasa atau selebriti yang mewarnai dan hiasi kuku, mereka tak lagi dipandang pelik. Ramai...

Baca Lagi
Foto - Times of India
Kecantikan

#DIVAKongsi 5 Skincare Beri Wajah Bersih Berkilat Dengan Segera

by IamLisa
May 18, 2022
0

"Weh berkilatnya muka kau, apa rahsia? Kongsilah dengan aku." Best betul bila pakai produk yang buat muka kita bukan saja...

Baca Lagi
Foto - NUTOX
Kecantikan

Jom “Get-Set, Glow!” Dengan 2 Produk Popular NUTOX Renewing Treatment!

by Opie Azizlan
May 18, 2022
0

Psst... Nak tahu tak NUTOX kini sedang menganjurkan kempen yang bertemakan K-Pop iaitu "NUTOX Get-Set, Glow"? Kempen ini dijalankan bertujuan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.