Jika hendak dibandingkan dengan kos kamu pergi ke salon untuk buat rawatan intensif rambut, RM31.04 ini jauh lebih murah kan? Itulah harga yang ditetapkan untuk mendapatkan rangkaian syampu hebat buatan Jepun dipanggil “Moist Diane”.
Jika sudah berkali-kali kamu mencuba pelbagai syampu tapi masih belum menemui solusi terbaik untuk memulih sekaligus memperbaiki kesejahteraan rambut, Mosit Diane ada menawarkan seleksi rangkaian menarik.
Ini termasuklah Extra Damage Repair (rambut rosak dan berwarna), Extra Moist and Shine (rambut kering dan kusam), Extra Fresh & Hydrate (rambut kering dan berminyak), Extra Volume & Scalp (rambut nipis dan kelemumur), Extra Smooth & Straight (rambut kusut dan sukar diurus) serta Extra Vital (kesihatan rambut dan kulit secara menyeluruh).
Diperkaya dengan Minyak Argan Organik yang diimport asli dari bumi Morocco, formulasi itu dipercayai mampu merangsang keratin rambut (akar umbi) dari dalam lapisan kulit kepala supaya mampu membaik pulih secara efektif keadaan rambut, khususnya untuk wanita Asia yang seing terdedah kepada cuaca yang tidak menentu.
Bagi muslimah yang memakai hijab pula, Moist Diane juga mengeluarkan produk berupa semburan pewangi rambut yang pastinya membantu kita menyelesaikan masalah rambut kepam berba. Semburan tu juga boleh buat tekstur rambut jadi lembut juga tau!
Selain minyak Argan organik, Moist Diane juga memanfaatkan teknologi Nano Repair Matrix dan Nano Repair El.
Nasihat penulis, kalau kamu hendak rambut cantik, gunalah produk penjagaan rambut buatan Jepun. Berbaloi dan memang menjadi untuk pulihkan masalah rambut yang ada. Sebab itu kalau nak masuk salon di Jepun kena pastikan dompet korang berkepuk sebab harga yang dikenakan sangat mahal.
BACA: Himpunan Gambar Menarik Ni Buktikan Jepun Adalah Negara Dari Planet Lain
Rangkaian syampu dan penjagaan rambut Moist Diane boleh dibeli di semua cawangan Watsons seluruh Malaysia pada harga RM31.04 setiap satu.