Tular di media sosial seperti Instagram, sana sini model seperti Kendall Jenner dan Bella Hadid malah influencer mengambil gambar menggunakan trik ini.
Katanya dipanggil “Barbie Feet”. Agaknya kenapa dan apa kelebihan bila bergambar begitu?
Barbie Feet, lagaknya seperti anda memakai tumit tinggi yang sebenarnya berkaki ayam, kedua-dua kaki atau salah satu dijengketkan – ala macam kaki patung Barbie.
Menguasai teknik ini pada dasarnya akan menjadikan anda kelihatan tinggi, terutamanya jika jurugambar mengambil dari bawah. Bahkan, menurut laporan WWW, pose barbie feet menjadikan kaki anda lebih panjang dan langsing daripada biasa.
Kourtney Kardashian dan Lily Maymac yang boleh dianggap petite turut mencuba trik ini untuk “menipu” ketinggian mereka. Comelkan tengok!
https://www.instagram.com/p/BjzhAiSlkiJ/?utm_source=ig_embed
So korang yang petite cubalah trik ni… Teringin nak tinggikan..