Kecantikan dan sikap comel yang dimiliki gadis Jepun tidak dapat dinafikan lagi. Sebelum dunia K-Pop menjengah dalam hiburan luar tempatan kita, wajah-wajah sweet gadis Jepun biasa kita lihat di kaca televisyen. Walaupun sekarang hiburan dari negara matahari terbit ini sedikit tenggelam tapi ia masih punya aura yang sama seperti dahulu. Menampilkan drama, filem dan anime yang penuh dengan sifat moral, pengajaran dalam bentuk hiburan tanpa jemu.
Soal lakonan pula semestinya tiptop dengan penghayatan dari para pelakon. Seperti biasalah setiap daripada kita mempunyai eye-candy dalam drama atau filem pilihan. Aura lemah-lembut, comel dan ayu pasti ada dikalangan aktres mereka.
Wanista kongsikan 5 aktress paling cantik, muda dan popular ketika ini di Jepun. Belum menginjak umur 25 tahun mereka sudah banyak menghasilkan karya-karya hebat dan dinobatkan dalam pelbagai anugerah.
#1 Haruna Kawaguchi
Cukup memukau apabila melihat wajah Haruna Kawaguchi ini. Namanya mula dikenali setelah tampil sebagai watak utama dalam filem adaptasi komik manga Ouran High School Club. Haruna banyak berkarya dalam drama dan filem berbentuk percintaan dan romantis. Ini mungkin kerana wajah innocent yang dimiliki senang menarik hati untuk menjadi heroin.
#2 Haruka Fukuhara
Adoi comelnya, macam anak patung! Patutlah..umur Haruka baru sahaja 19 tahun dan sejak dari kecil lagi dia sudah mula aktif berlakon. Bukan sahaja wajah comel, malah suara yang dimiliki juga sangat comel melayakkan Haruka untuk debut lakon suara dan menyanyikan lagu tema siri anime.
#3 Emi Takei
Baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi Takahiro tahun lepas. Cita-cita asalnya untuk menjadi seorang model tapi dengan bakat lakonan yang dia miliki, kini Emi Takei sekurangnya telah muncul dalam 30 drama bersiri. Bukan itu sahaja, tuah wajah cantik ini juga boleh buat duit dengan tampil dalam iklan-iklan jenama gergasi seperti Shiseido, Coca-cola, AEON, Lotte dan banyak lagi!
#4 Kasumi Arimura
Dia sudah pun mempunyai 2.5 juta pengikut di Instagram! Kecantikan asli ‘Jepun’ yang dimiliki Kasumi sentiasa menjadikan dia sebagai pilihan lead role filem. Sejak mula aktif pada 2014, Kasumi telah pun merampas 8 anugerah dari pelbagai majlis anugerah termasuklah Festival Filem Antarabangsa Busan pada tahun 2017.
#5 Fumi Nikaido
Lahir pada tahun 21 September 1994, mula muncul dalam filem Toad’s Oil pada 2009 dan kemudian Himizu yang membuatkan dia meraih anugerah Marcello Mastroianni Award bersempena Festival Filem Venice. Bukan itu sahaja, beliau juga dianugerah sebagai ‘International Rising Star’ khas dari Festival Filem New York. Setakat ini, Fumi Nikaido sudah menggalas sebanyak 16 drama dan lebih dari 25 filem. Hebat!
Satu persamaan yang mereka semua ada ialah mempunyai ukiran wajah yang comel! Kawaiii~