Bagi insan bernama isteri, untuk berkongsi cinta bukanlah perkara yang mereka harapkan dalam kehidupan. Tidak pernah terlintas sedikit pun untuk kebahagiaan rumah tangganya digugat dengan kehadiran orang ketiga.
Namun kebanyakan wanita hari ini tidak ambil pusing untuk merasai jiwa kaum hawa yang sebenar sekaligus meragut kebahagiaan kaumnya sendri untuk kepentingan diri. Tidak kisah dilabel “perampas”, ini bahana bila bercinta dengan suami orang.
#1 Seolah Menipu Diri Sendiri
Dia cakap akan tinggalkan isterinya untuk kamu tapi sampai hari ni dia masih berdolak-dalik dan kekal bersama isterinya? Asyik ungkap kata-kata manis tapi sampai sekarang belum lagi ajak kamu kahwin uhubungan yang sah. Nampaknya kamu menipu diri sendiri dan buang masa sahaja. Kasihan.
#2 Redha Kena Makan Hati
Padan muka. Kalau kamu buat isteri pertamanya sakit hati, sekarang kamu turut akan makan hati kerana perlu berkongsi kasih. Tuhan tu adil kan? Jadi jangan marah kalau suami melebihkan anak-anak dari isteri pertamanya. Kerana hubungan suami dan anak-anak tidak akan terlerai kerana itu darah daging mereka. Perasaan sayang tu tetap ada.
#3 Kamu Tidak Akan Dihormati
Jangan terkejut andai kamu akan dilayan seperti ‘perempuan sampah’ nanti. Lelaki itu pasti akan menganggap kamu lemah kerana mudah sangat terpedaya dan masuk dalam jerat cintanya. Kalau dia boleh lukakan hati isterinya, tak mustahil dia akan lukakan hati kamu juga. Karma.

#4 Bersedia Hadap Pelbagai Alasan
Orang kalau dah beristeri dua, hatinya turut akan dibelah dua. Nasiblah kalau dia akan memberi kamu 1001 alasan lama kelamaan nanti kerana dia juga punyai tanggungjawab lain terhadap isteri pertamanya dan anak-anak kesayangannya.
#5 Akan Dianggap Jahat Oleh Masyarakat
Kalau sudah mengambil suami orang secara tidak langsung kamu sebenarnya telah merosakkan kebahagiaan isteri pertama dan anak-anaknya. Oleh itu, kamu memang patut digelar “Perempuan Jahat” atau “Perampas”! Jangan belit cerita kata cinta. Kalau kamu berperikemanusiaan kamu mesti menolak lelaki itu dari awal. Dah tau dia suami orang, kenapa masih nak menggatal walhal boleh je cakap “TAK NAK”.
#6 Susah Kecapi Bahagia
Lumrah bercinta dengan suami orang, kamu bakal hidup dalam penjara. Kalau akan diselubungi ketakutan, kerisauan dan silap-silap hari bulan boleh masuk hospital dibelasah isteri pertamanya. Jadi, bahagia ke bercinta dengan suami orang ni?
Dunia sentiasa berputar dan lambat-laun kita akan merasai kesedihan sama yang pernah kita lakukan kepada insan lain dahulu. Percayalah bahawa Allah sentiasa adil.
Semoga pekongsian ini bermanfaat untuk semua, Wallahu a’lam bish-shawabi ❤