Selebriti terkemuka di Hollywood, ramai antaranya bermula sejak usia yang muda.
Merealisasikan kehidupan yang dilimpahi kemewahan serta populariti… mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi muka hadapan majalah sekaligus mendapat perhatian daripada umum. Gosip bagaikan tiket untuk mereka menjulang nama dalam arena hiburan, ini 5 bintang Disney yang pernah terpalit dengan skandal foto ghairah yang sudah terpesong dari sifat asal mereka sewaktu mula-mula masuk ke persada seni suatu ketika dahulu.
#1 Bella Thorne
Bella Thorne dan foto bogel tiada berpisah. Kalau hari-hari biasa pun, pakaian yang dipakainya begitu seksi sehingga menampakkan bahagian tubuh yang sepatutnya disorok daripada pandangan orang. Dahulunya pernah membintangi siri popualr Disney “Shake It Up” bersama Zendaya. Kini Bella dianggap bekas bintang Disney paling agresif dan liar.
#2 Selena Gomez
Kontroversi apabila Selena muncul dalam sebuah filem ‘liar’ yang dilakonkan bersama Vanessa Hudgens berjudul “Spring Breakers” sekitar 2012. Namun antara fotonya yang paling ghairah adalah untuk muka hadapan V Magazine -menampilkan gayakan tanpa pakaian dengan padanan hot pants denim.
#3 Vanessa Hudgens
Siapa tak kenal dengan heroin yang memainkan watak gadis sopan dan manis dalam “High School Musical” ni. Begitu cocok dilihat berpacaran dengan Zac Efron suatu masa dahulu sejak digandingkan bersama dalam filem Disney tersebut, tanpa diduga beberapa keping foto bogel milik Vanessa Hudgens tersebar meluas di Internet sekitar 2007.
IKLAN
#4 Miley Cyrus
Selepas popular dalam siri Disney “Hannah Montana” dan menjadi idola kepada semua kanak-kanak perempuan, suatu ketika Miley mengubah imejnya secara drastik dan dipercayai kerana mahu tunjuk perasaan selepas berpisah dengan teman lelakinya ketika itu Liam Hemsworth (kini sudah berpacaran semula).
Dikenali sebagai ‘gadis liar’, Miley tidak malu untuk membuat aksi-aksi ghairah baik di atas pentas mahupun dalam semua terbitan video muziknya.
#5 Demi Lovato
Heroin filem Disney berjudul “Camp Rock”! Demi Lovato pernah mendapat pujian apabila muncul tanpa seurat benang untuk majalah Vanity Fair suatu ketika dahulu kerana berani bahkan wajahnya juga dipamerkan kepada khalayak tanpa secalit solekan membuatkan ramai yang jatuh hati dengan ketulusannya untuk tidak berselindung.
Disney girls gone wild. Apa pandangan korang?