Penyanyi antarabangsa, Yuna kini diambil sebagai duta syampu terkenal Pantene seiring dengan kempen #WANITABESI yang diperkenal oleh Pantene sebagai pemangkin kekuatan wanita Malaysia. Ia juga bertujuan menyeru wanita untuk menjadi terbaik dalam diri sendiri dan tidak luntur semangat walaupun dihalang dengan pelbagai cabaran.
Kempen #WANITABESI ialah langkah baru Pantene ‘Kuat itu cantik’ dengan memaparkan tiga kisah lakonan Yuna bersama Linora Low, bintang kecergasan dan Adeline Chin, bekas atlet terjun Malaysia. Cerita pendek tentang kesukaran mereka dalam menjadi diri sendiri untuk berjaya dalam bidang masing-masing.
https://www.instagram.com/p/BkRmyTjgpeS/?taken-by=wanistadotcom
Berkesempatan menghadiri dan bertemu sendiri dengan Yuna semalam di majlis pelancaran. Wanista tidak melepaskan peluang untuk menemu-ramah duta Pantene ini. Hadir dengan berhijab turban dan topi bowler, Yuna kelihatan sangat edgy dan chic! Pasti ramai tertanya-tanya bagaimana agaknya Yuna menjaga rambut beliau
Masalah rambut
Rupanya Yuna juga mengalami masalah yang sama untuk orang yang berhijab iaitu rambut gugur! Bayangkan seharian rambut diikat dengan getah dan dilekap pula dengan anak tudung. Membuat rongga rambut menjadi lemah dan rambut jadi mudah putus serta gugur.
Nasihat dari beliau ialah untuk mencari produk penjagaan rambut yang bersesuaian dengan masalah rambut. Pastikan anda sentiasa mengamalkan rutin penjagaan untuk mengekalkan kesihatan rambut.
Cara Yuna jaga rambut
Yuna mencuci rambut pada dua kali seminggu. Cara ini bagi mengekalkan minyak semulajadi yang ada pada kulit kepala. Beliau sangat menitikberatkan tentang kesihatan kulit kepala supaya ia seimbang tidak kering. Wanista setuju dengan Yuna, anda tidak perlu kerap mencuci rambut kerana ia boleh mengeringkan kulit kepala sekaligus penyebab rambut kering dan rosak. Jika langsung tidak mencuci pula, boleh naik kelemumur!
Seimbangkan cara penjagaan rambut anda ya…
Yuna adore Vivy Yusof
Wanista juga sempat bertanyakan pada Yuna, siapakah Wanita Besi didalam industri? Yuna tidak teragak-agak menyebut nama Vivy Yusof.
Berteraskan dari kekuatan diri, identiti dan keyakinan Yuna memilih Vivy Yusof sebagai Wanita Besi. Umum tahu kerja keras Vivy dalam bidang keusahawanan dan memajukan industri fesyen tempatan. Lihatlah Vivy, bukan sahaja usahawan tapi ibu kepada dua orang anak dan juga bakal melahirkan anak yang ketiga. Yuna terlihat adore segala kerja kuat Vivy, macam ini lah betul! Women empower one another.
Tahniah Yuna diambil sebagai duta Pantene dan terima kasih kerana berkongsi tips penjagaan serta menginspirasikan kejayaan beliau untuk wanita Malaysia khususnya.
Tayangan pendek #WANITABESI akan dilancarkan secara langsung di laman YouTube 25 Jun 2018 melalui – https://youtu.be/4ITFqlmHt50.