Bila bercakap tentang pembedahan plastik pasti kita akan fikirkan tentang risiko dan kesan sampingan yang akan ditimpa. Sakit bila waktu demam kita rasa macam hendak putus nyawa apatah lagi masuk bilik pembedahan untuk ubah muka sendiri!
Paparan di media sosial ada sahaja tentang kisah pembedahan yang tidak berjaya. Wajah cantik yang diimpikan semakin buruk. Malah bila semakin berusia, kesan sampingan pembedahan makin ketara apatah lagi kalau sudah tidak membuat rawatan susulan.
Namun percayalah tidak semuanya mimpi ngeri, sebilangan dari selebriti yang membuat pembedahan plastik tidak bertukar kepada disaster malah lebih kepada magnificent.
#1 Kylie Jenner
‘Dalang’ segala suntikan bibir! Kerana bibir Kylie Jenner ramai selebriti lain berani untuk mengambil lip filler bagi menaikkan lagi bentuk bibir. Jujur penulis beritahu anda semua, sememangnya bibir plastik Kylie Jenner sangat cantik dan seksi. Tuah Kylie adalah pada bibirnya…
#2 Lee Si Young
Penulis suka tonton lakonan Lee Si Young dalam drama ‘Boys Over Flower’, walaupun agak menyakitkan hati. Siapa sangka wajah comel yang dimiliki rupanya lahir dibilik pembedahan. Dia melakukannya sejak 10 tahun lalu dan sangat menyukai hasilnya. Jika dilihat secara kasar Si Young mengubah mata dan hidung untuk mendapatkan wajah yang idamkan.
#3 Blake Lively
Blake Lively dan suami sering dianggap pasangan yang sempurna bukan sahaja pada perhubungan mereka tapi fizikal. Namun ura-ura mengenai Blake Lively mendapatkan pembedahan hidung tidak pernah lekang. Dikatakan hidung diawal remaja Blake lebih besar berbanding sekarang yang tirus. Pendapat penulis, Blake sememangnya seorang yang cukup cantik tak perlu apa-apa pembedahan. Mungkin dahulu dia tidak tahu apa itu contouring pada hidung.
#4 T-ara Hyomin
Perubahan wajah yang paling ketara! Dari mata, hidung dan bentuk rahang cukup berbeza dari Hyomin yang lama. Bila ditanya bagaimana dia menjaga kecantikan, Hyomin selamba menjawab “dijaga dengan rapi dan penuh kesakitan”. Rasanya anda boleh faham sendiri maksud jawapan Hyomin. Gulp!
#5 Bristol Palin
Selebriti rancangan realiti ini terlihat seperti wanita yang lain! Dahulunya langsung tidak kelihatan bentuk V kini Bristol boleh tersenyum cantik dengan dagu ‘baru’. Wajah Bristol kelihatan lebih panjang dan sedikit bujur.
#6 Uee
Memang patut pun pembedahan kelopak mata jadi kegilaan di Korea. Anda lihat sendiri perubahan penuh wajah Uee dengan hanya menambah sedikit kelopak mata. Nasib Uee lebih sama dengan Kylie Jenner, hanya ubah pada bahagian yang mereka rasa kurang kemudian hasilnya memang sangat cantik dan terletak.
Cerita pasal kisah plastic surgery tak akan pernah habis. Penulis nak tanya kamu sanggup ubah wajah dan fizikal diri? (seram)