Lucu betul Blue Ivy ni! Tanpa sedar rakaman kamera awam berjaya merakam gelagat sponton anak sulung kepada penyanyi hebat Beyonce dan Jay-Z itu sewaktu persiapan konsert berlangsung di London hujung minggu baru-baru ini.
Blue yang baru berusia enam tahun dilihat ‘buat muka’ seolah berasa geli sebelum cemas menutup mata sebaik menonton penampilan ibunya yang boleh dianggap ghairah dalam sebuah klip video muzik yang ditayang di skrin pentas utama.
Seperti tidak senang duduk, Blue terus turun untuk menyorokkan wajahnya dibalik besi penghadang tempat duduk penonton.
https://twitter.com/blueivysource/status/1009113333679697920?ref_src=twsrc%5Etfw&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.elle.com%2Fculture%2Fcelebrities%2Fa21726639%2Fblue-ivy-carter-embarrassed-beyonce-jay-z-coupley-on-the-run-ii-tour-video-clip%2F
Ternyata, reaksi Blue sangat bertentangan dengan reaksi penonton lain disekelilingnya yang begitu asyik melihat Beyonce.
Blue sebelum ini pernah juga viral apabila rakaman televisyen memperlihatkan gelagatnya menyuruh kedua ibu bapanya, beyonce dan Jay-Z segera bertenang dan berhenti menepuk tangan dalam acara Grammys.
Namun, konsert “On The Run II” tidaklah berakhir dengan hambar kerana ada beberapa ketika, Blue dilihat turut serta menari dan berhibur sama seperti tetamu-tetamu lain yang hadir ke konsert berkenaan.