Ada di antara anda yang lebih menggemari mengikuti video tarian berbanding menghabiskan masa dengan workout.
Cepat, angkat tangan!
Tidak kisahlah yang mana satu, asalkan dapat mengeluarkan peluh itu sudah memadai. Dan lagi satu inilah masanya untuk anda berhempas pulas selepas sakan makan makanan raya yang kebanyakan berlemak.
Kenapa penulis memilih menari? Menari sama sekali berbeza dengan jenis senaman yang lain, berada dalam bilik yang luas dan mula menari ikut irama muzik, bukankah ia sesuatu yang menghiburkan, rasa enjoy menari di samping misi anda mengurangkan berat badan.
Kalau tak tahu cara nak mula, ikuti beberapa video dance practise lagu K-Pop yang rancak seperti di bawah…
GFRIEND – Navillera
Rasanya girl group ini sentiasa berjaya mempamerkan choreography yang cukup membuatkan kita kagum. Malah keseragaman setiap langkah memang layak dipuji.
Apa lagi cubalah gerakan choreography yang cukup delicate ini.
After School – First Love
Mereka membuatkan pole dance kelihatan sangat mudah sedangkan ia memerlukan masa yang lama untuk praktis.
Hati-hati kalau nak cuba tarian ini.
Hyuna – Red
Setiap tarian lagu Hyuna memerlukan stamina yang banyak untuk pergerakan berterusan – dari pinggul, peha, kepala dan ke bahu.
Suka tengok Hyuna menari, langkah seksinya sangat comel sekali.
Wonder Girls – Like This
Choreography mempunyai banyak elemen body shaking dan pergerakan pantas yang akan menguji stamina seseorang.
Serius baru buka step dah terasa penat.
(G)I-DLE – Latata
Kenapa penulis memilih girl group yang baru debut ini? Lagunya sahaja sangat catchy dan setiap pergerakan tarian teratur, langsung tiada ruang kosong.
Bayangkan sahaja anda menari bersama rakan-rakan, bukankah ia sangat fun!
BLACKPINK – Boombayah
Bila membaca review, ramai berpendapat rutin tarian Boombayah tidak terlalu merumitkan tetapi memenatkan kerana pergulangan pergerakan yang sama.
Banyak bermain dengan elemen headbanging. Boleh tercabut kepala…
BTS – Blood Sweat & Tears
Perlu ke kita bercakap banyak tentang BTS. Rasanya hampir kesemua rutin tarian BTS sangat rumit serta menguji stamina seseorang.
Bunyi pergerakan kaki menyenangkan telinga penulis.
Girls’ Generation – I Got A Boy
Bila irama lagu berubah, rutin tarian juga ikut sama bertukar menjadi lagu ini sangat unik. Lagi satu, sembilan gadis ini membuatkan setiap pergerakan tarian kelihatan mudah sahaja.
Banyak bermain dengan elemen body roll, pergerakan lengan yang pantas – tengok pun dah rasa penat.
Sekarang dah bersedia nak mulakan langkah? Selamat Beramal & Kita Enjoy!