Jika kamu meminati aksesori seperti penulis, kamu pasti sedar akan kewujudan penutup anting-anting berplastik yang bentuknya seperti piring ni.
Sejak 2015, hal ini pernah diperdebatkan oleh netizen apakah menanggalkan bulatan plastik daripada penutup anting-anting besi itu adalah cara paling tepat yang perlu dilakukan? Sehingga kini, persoalan itu masih berlegar di fikiran kita semua bahkan, rata-ratanya bersetuju bahawa ia (piring plastik) harus ditanggalkan sebelum digunakan. YE KE???
Lovisa yang merupakan gedung aksesori ternama turut mengetengahkan medium pemakaian penutup anting-anting berplastik ini namun, apakah fungsi sebenarnya? Jom Wanista rungkaikan untuk pengetahuan semua.
Jenis-Jenis Penutup Anting-Anting
Di pasaran terdapat pelbagai jenis penutup anting-anting termasuklah yang diperbuat daripada getah lembut, logam, emas dan perak. Setiap satunya perlu mengikut kesesuaian bentuk, saiz dan berat anting-anting.
Fungsi Sebenar Penutup Anting-Anting Berplastik
Menurut pakar barang kemas, penutup anting-anting berplastik memang direka khas sebegitu rupa untuk menampung jisim anting-anting yang memiliki rekaan sarat dan berat. Dengan memakainya, keadaan telinga akan lebih selesa dan tidak melendut. Ia juga bisa kurangkan kesakitan yang disebabkan pemakaian anting-anting berat terlalu lama.
Jadi sebenarnya, tak perlu pun tanggalkan piring plastik tu. Kalau nak anting-anting terletak cantik tanpa lubang telinga menjadi lendut, pakai sahaja penutup anting-anting berplastik ni.
Selamat beramal! ❤