Jika dilihat dari sudut kemanusiaan, ia memang bersifat kejam kerana berunsurkan paksaan… lebih-lebih lagi apabila seseorang wanita atau lelaki itu sudah punyai pilihan hatinya tetapi tidak direstui keluarga. Nah, Wanista senaraikan lima negara lain yang masih mengamalkan perkahwinan yang diracang keluarga.
#1 India
Bagi masyarakat India tradisional, perkahwinan adalah urusan orang tua. Pasangan perlulah menganut agama yang sama dan memegang kelas kasta yang sama. Syarat lain perkahwinan mengikut adat India yang agak tabu adalah perlu mengikat persetujuan antara keluarga kedua belah pengantin berkenaan mas kahwin bahkan pasangan perlu mempunyai horoskop yang sama.
#2 Jepun
Berpaksikan “Engamous Marriage” untuk mengekalkan takhta, harta dan kelangsungan pemahaman yang sama dari segi pegangan agama, ini yang banyak berlaku di Jepun. Paling penting, seorang pencari jodoh dipanggil “Nakado” diperlukan untuk mencari pasangan bagi si fulan/fulanah. Kedua belak pihak akan hadir pada pertemuan pertama manakala pasangan yang dipertemukan tadi akan terus berkenalan sehingga keputusan berkahwin direstui.
#3 Pakistan
Terdapat beberapa jenis perkahwinan atauran di Pakistan. Salah satunya dipanggil “Pait Likkhi” yang memperlihatkan persetujuan dari kedua belah keluarga untuk mengahwinkan anak-anak mereka sejak dari lahir atau sebelum lahir lagi. Namun upacara perkahwinan tersebut akan diadakan sebaik mereka sudah remaja nanti.
Satu lagi adalah “Watta Satta” bermaksud ‘beri dan terima’. Sebagai contoh, jika mahu anak lelaki mereka dikahwinkan dengan seseorang perempuan, pihak perempuan perlu ada seorang anak lelaki atau anak perempuan lain untuk dikahwinkan dengan adik-beradik si lelaki tadi. Perkahwinan kedua adik-beradik ini akan diadakan serentak.
IKLAN
#4 China
Masih diamalkan masyarakat pendalaman di China. Seorang lelaki dibenarkan memilih wanita idamannya tetapi perlu menyerahkan keputusan akhir kepada keluarga. Ini kerana bakal pengantin wanita itu akan disiasat reputasinya, pertemuan di antara kedua-dua belah pihak keluarga akan dibuat sebelum dibenarkan berkahwin.
#5 Israel
Yahudi ortodoks mengamalkan sejenis perkahwinan dipanggil “Shidduch”. Seorang wanita akan diperkenalkan oleh pihak keluarga dengan seorang lelaki dan mereka dibenarkan berkenalan untuk beberapa ketika. Dating atau berpacaran hanya dibenarkan setelah pasangan berkenaan setuju untuk berkahwin. Ini kerana berpacaran untuk suka-suka adalah dilarang dalam hukum Yahudi.
Didedahkan oleh Discovery Chanel, pernah dibandingkan antara pasangan yang berkahwin kerana cinta dan pasangan yang berkahwin kerana aturan keluarga:-
“Kedua-duanya sama bahagia cuma perkahwinan berlandaskan cinta terdorong untuk LEBIH BAHAGIA di saat awal perkahwinan manakala perkahwinan aturan keluarga lebih berjaya mengekalkan tempoh kelangsungan rumah tangga lebih lama”.