Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home News

Kenapa Cara Kira Usia Korea Berbeza Dengan Antarabangsa, Ini Penjelasannya…

by IamLisa
June 16, 2018
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

13
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

“Berapa umur kamu?”

Ada segelintir kurang suka bila ditanya dengan soalan sebegini, ia dianggap tidak sopan tetapi usia adalah salah satu perkara pertama yang orang Korea ingin tahu tentang anda. Kenapa? Mereka mahu memastikan bahawa mereka menggunakan tahap ucapan dan adab yang bersesuaian ketika berinteraksi. Takut pula nanti tiba-tiba terkasar dengan orang yang lebih tua, bukankah naya.

Foto – Tumblr

Adakah anda tahu bahawa usia anda adalah berbeza di Korea daripada di negara lain? Ini kerana Korea mengira usia dengan cara yang berbeza. Tidak sukar untuk mengetahui usia anda sendiri di Korea, tetapi jangan terkejut apabila mengetahui anda boleh jadi 1 atau 2 tahun lebih tua di Korea daripada negara anda sendiri.

Cara Kira Usia Korea

Di Korea, bayi baru lahir dianggap sudah berusia setahun semasa kelahiran kerana ibu yang mengandung sembilan bulan dianggap sebahagian daripada tahun pertama kehidupan kanak-kanak.

Di kebanyakan negara, kita mengira usia dari hari dilahirkan. Bayi baru lahir di luar Korea berusia kosong tahun. Bayi akan menjadi satu tahun pada ulang tahunnya. Tetapi di Korea, bayi berumur satu tahun ketika lahir. Usia bayi di Korea tidak akan dikira pada ulang tahun, sebaliknya, dikira meningkat setahun setiap kali 1 Januari pada setiap tahun (Tahun Baru).

Foto – Pinterest
Contoh

Bayangkan bayi lahir pada 31 Disember. Keesokan harinya, 1 Januari, bayi itu akan berumur 1 tahun. Sekarang bayangkan bayi yang dilahirkan di Korea pada 31 Disember. Keesokan harinya, 1 Januari, bayi akan berusia 2 tahun. Bayi itu berumur satu tahun semasa kelahiran, dan memperoleh satu tahun pada Hari Tahun Baru.

Faham dah? Sekarang cuba kira usia korang pula. OMG tua setahun atau dua kalau cara Korea…

RUJUKAN : 1 & 2

Tags: beza usia korea dan antarabangsacara kira usia koreafakta usia koreainfo cara kira usia koreausia koreausia korea vs usia antarabangsa
Share5SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Times of India
Kesihatan

Nak Vagina Bersih Dan Sihat? Cuba Buat Macam Ini…

by Opie Azizlan
February 16, 2021
0

Siapa saja yang tidak mahu vagina mereka bersih dan sihat? Untuk pengetahuan kamu, penting bagi setiap wanita untuk kekalkan kebersihan...

Baca Lagi
Foto - Smita Tandon, MD
Keibubapaan

Peka! Anak Anda Patut Dapat Vaksin Jenis Ini

by Opie Azizlan
December 23, 2020
0

Setiap bayi dilahirkan dengan perlindungan terhadap beberapa penyakit sama ada berjangkit atau berbahaya. Mereka mendapat perlindungan ini daripada antibodi semasa...

Baca Lagi
News

Dah 40 Tahun Lebih, Selebriti Ini Gayakan Bikini Persis Anak Dara

by Opie Azizlan
October 28, 2020
0

Memakai bikini tidak menjadi penghalang bagi wanita yang berusia 40 tahun dan lebih untuk kelihatan bergaya ketika memakainya. Jangan silap,...

Baca Lagi
News

Perhiasan Cindertoella Membuatkan Wanita “Born To Be Real, Not Perfect”

by Opie Azizlan
October 27, 2020
0

Diasaskan pada tahun 2018, Cindertoella adalah sebuah jenama fesyen dan perhiasan buatan Malaysia yang diasakan oleh dua orang usahawan wanita....

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.