Kalau senang macam nilah nak rakam gambar kahwin cantik, rasanya semua orang pun boleh buat. Dengan hanya bermodalkan skrin telefon dan kamera DSLR, jurugambar ni berjaya menghasilkan foto-foto perkahwinan gempak seperti mendapat sentuhan profesional!
Seorang jurugambar perkahwinan berbakat Mathias Fast telah berkongsi tips dan trik bagaimana hendak menghasilkan potret cantik tanpa sebarang bajet.
Lebih menarik, aplikasi Photoshop pun tidak mampu melakukan suntingan yang kelihatan seasli ini. Yup dan satu-satunya alatan yang kamu perlukan adalah telefon pintar yang digunakan sebagai pemantul visual sehingga terhasilnya foto yang seolah-olah diambil dari tepi kawasan berair seperti tasik atau kolam.
Cuma perlu aturkan kedudukan skrin telefon mengikut cita rasa, kemudian diletakkan betul-betul di bahagian bawah lensa kamera untuk mendapatkan rakaman biasan.
Ternyata ramai yang kagum dengan helah yang dikongsikan jurugambar ini namun ada juga netizen yang berpendapat bahawa trik istimewa sebegini perlu disimpan dan dirahsiakan kerana ia boleh mendatangkan keuntungan peribadi. Apa pendapat korang?
Mungkin masa raya nanti boleh manfaatkan trik ni. Mesti ‘meletop’ gambar-gambar korang!