Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home News

5 Trend Tudung Raya 2018 Untuk Yang Suka Kelainan

by Afiqah Syamin
May 28, 2018
7
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sama juga seperti gaya baju raya tahun ini, rata-rata koleksi hijab yang diketengahkan jenama-jenama fesyen muslimah semuanya menerapkan elemen mewah.

Mementingkan perincian dan tekstur fabrik tudung yang digunakan, Wanista kongsikan bersama lima trend hijab yang bakal meletup sepanjang Aidilfitri 2018!

#1 Fenomena Inner Turban

Baik jenama Naelofar mahupun Fareeda, masing-masing berlumba keluarkan koleksi inner tudung yang konsepnya disunting daripada pemakaian turban. Bahagian depan atas kepala yang dilitupi inner turban itu tadi akan dibiar keluar sedikit untuk cipta sensasi ranggi.

#2 Simpulan Riben Feminin

Kalau tahun lepas kecoh dengan tudung ‘bulu-bulu’, tahun ni lain pula bila ada beberapa jenama hijab popular keluarkan tudung yang lengkap dijahit perincian riben. Paling penting, kedudukan riben tu boleh dilaras mengikut kehendak si pemakai.

Sumber: Tudung Ruffle

#3 Kerlipan Kristal

Wanita mana yang tak jatuh hati bila nampak benda berkilat-kilat? Jika tak gemar memakai kerongsang glamor, cukuplah pakai tudung yang dihiasi batu permata.

Sumber: Tudung People

#4 Sensasi Fabrikasi Satin Organza

Beri nafas baru kepada gaya pemakaian tudung di pagi raya dengan seleksi hijab daripada helaian material 2 dalam 1 ini. Dari sebelah sisi ia kelihatan seperti satin, dari arah lain pula nampak seperti organza. Pantulan sinaran pada tudung ini lantas membuatkan foto-foto  #OOTDRAYA menjadi gah.

#5 Bunga Timbul Tampil Aura Menggoda

Jika wanita Melayu dulu-dulu menyemat bunga di celah sanggul, mengapa tidak muslimah moden mengenakan helaian tudung manis yang dihiasi rimbunan bunga timbul sebegini? Tampak berkelas! Wanista puji kerana konsep floral yang ketengahkan tidak klise.

Sumber: Tudung People

Apa-apa pun terpulang kepada individu kerana penulis pasti ada di antaranya yang masih selesa mengenakan selendang chiffon polos kan?

BACA: Trend Baju Raya 2018 Dan Ini Yang Mengujakan!

Lagi beberapa minggu menjelang raya… selamat membeli-belah! ❤

Tags: baju rayabaju raya 2018fesyen tudungGaya Tudung Untuk Rayahari raya aidilfitriRaya 2018Tudung Cantiktudung raya
Share3SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Times of India
Kesihatan

Nak Vagina Bersih Dan Sihat? Cuba Buat Macam Ini…

by Opie Azizlan
February 16, 2021
0

Siapa saja yang tidak mahu vagina mereka bersih dan sihat? Untuk pengetahuan kamu, penting bagi setiap wanita untuk kekalkan kebersihan...

Baca Lagi
Foto - Smita Tandon, MD
Keibubapaan

Peka! Anak Anda Patut Dapat Vaksin Jenis Ini

by Opie Azizlan
December 23, 2020
0

Setiap bayi dilahirkan dengan perlindungan terhadap beberapa penyakit sama ada berjangkit atau berbahaya. Mereka mendapat perlindungan ini daripada antibodi semasa...

Baca Lagi
News

Dah 40 Tahun Lebih, Selebriti Ini Gayakan Bikini Persis Anak Dara

by Opie Azizlan
October 28, 2020
0

Memakai bikini tidak menjadi penghalang bagi wanita yang berusia 40 tahun dan lebih untuk kelihatan bergaya ketika memakainya. Jangan silap,...

Baca Lagi
News

Perhiasan Cindertoella Membuatkan Wanita “Born To Be Real, Not Perfect”

by Opie Azizlan
October 27, 2020
0

Diasaskan pada tahun 2018, Cindertoella adalah sebuah jenama fesyen dan perhiasan buatan Malaysia yang diasakan oleh dua orang usahawan wanita....

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.