Bae Suzy menyuarakan pendapatnya mengenai petisyen Blue House (Kerajaan Korea Selatan) untuk membawa keadilan pada Yang Ye Won yang baru-baru ini mendedahkan dia mengalami serangan seksual oleh 20 orang lelaki.
Baca: Diserang Secara Seksual Oleh 20 Lelaki, Youtuber Cantik Hampir Bunuh Diri
Berkongsi screenshot petisyen yang ditandatangani di Instagram, Suzy memuatkan kenyataan bertulis tentang bagaimana dia merasakan kejadian kejam itu. Bahkan, Suzy menjelaskan bahawa dia ingin memberi penjelasan mengenai kejadian itu dengan menggunakan kuasanya di media sosial.
“Saya tidak mahu melepaskannya. Saya mahu lebih ramai orang tertarik dengan isu ini dan memberi perhatian kepadanya agar ia dapat diselesaikan dengan cara yang betul. Ini bukan tentang mangsa adalah perempuan. Ini bukan tentang feminisme. Ini adalah sikap kemanusiaan antara kita semua, dengan mengambil tindakan. Saya mungkin tidak dapat mengambil bahagian dalam apa-apa perkara, tetapi ini adalah humanisme.”
Kini, siapa sangka langkah murni Suzy mendapat tentangan hebat beberapa netizen lelaki di sana sehingga timbul petisyen ugutan bunuh terhadap Suzy.
Dilaporkan, petisyen itu sehingga kini menerima lebih daripada 100,000 tandatangan dan memerlukan lebih 100,000 tandatangan untuk pihak kerajaan membuat susulan lanjut.