Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Keibubapaan

Bila Dan Macam Mana Nak Didik Anak Berpuasa?

by Izzah Azizah
May 23, 2018
5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Agaknya anda masih ingat lagi tak, kali pertama anda mula berpuasa? Mesti ada yang banyak ponteng dan curi-curi minum air. 

Bagi kanak-kanak, para ibu bapa bertanggungjawab mendidik mereka soal puasa seawal empat tahun hingga sembilan tahun.

Biar tubuh mereka terbiasa dengan rutin selama satu bulan ini, namun tidak bermakna anda perlu memaksa mereka sehingga menyebabkan kecederaan atau menjejaskan kesihatan.

Sekiranya tidak mampu pada usia yang awal, mulai pada umur 7 tahun kerana terdapat sebuah hadis memerintahkan agar kanak-kanak berusia 7 tahun mula beribadah. Sebahagian ulama berpendapat ibadah lain juga boleh dianjurkan tatkala sampai usia 7 tahun. 

Jadi, buat para ibu bapa yang masih pening hendak memujuk dan mengajar si kecil tentang berpuasa. Mari ikuti tips dari Wanista. 

#1 Alih perhatian

Diriwayatkan daripada al-Rubaiyyi’ binti Mu’awwiz r.ha bahawa wanita-wanita Ansar mendidik anak kecil mereka tentang berpuasa. Jika anda mereka menangis kerana lapar diberikan permainan untuk anak-anak lalai bermain sehingga waktu berbuka.

Foto – iDiva

Cara begini anda boleh jadikan rujukan untuk memberi beberapa aktiviti kepada anak untuk mereka terus leka dan berhenti merengek. Mungkin anda boleh izinkan mereka untuk menonton kartun kegemaran atau komik untuk beberapa jam. Tidak pun berikan bacaan mengenai bulan ramadan atau apa sahaja aktiviti minda dan DIY. 

#2 Ceritakan tentang ganjaran Allah SWT

Tahukah kanak-kanak yang tidak akil baligh tapi berpuasa juga akan mendapat pahala. Ambil masa bersama dengan anak-anak untuk berceritakan tentang kebaikan berpuasa dan kisah-kisah sirah mengenai puasa. Terapkan ilmu tentang agama islam yang indah dan amat sesuai dengan fitrah manusia.

Foto – Parent24

#3 Latih mengikut kemampuan

Ingat jangan paksa! Jangan bandingkan kemampuan anak anda dengan anak orang lain. Sebaiknya beri mereka kelonggaran untuk berbuka. Cukup sekadar dengan memberi makan dan minum yang sewajarnya dan sering mengingatkan mereka untuk terus mencuba pada keesokan harinya.

Foto – awal.my

#4 Beri reward yang positif

Beri dorongan dengan kata pujian walaupun si anak hanya mampu berpuasa dua tiga jam. Teringat dulu-dulu, ibu dan ayah penulis suka buat cabaran berpuasa dengan duit raya. Siapa dapat puasa paling lama, banyaklah duit raya akan terima. Jadikan berpuasa ini suatu yang menyeronokkan buat si kecil, seperti akan membeli pakaian baru sempena hari raya nanti atau kamu berjanji untuk menyediakan makanan kegemaran ketika berbuka.

Foto – Google

Semoga perkongsian ini berguna untuk keluarga anda. Selamat beramal! 

RUJUKAN 1 & 2

Tags: cara ajar anak tentang puasacara nak suruh anak berpuasakenapa anak susah nak puasapahala anak kecil berpuasatips ajar anak kecil berpuasaumur anak sesuai berpuasa
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Pinterest
Keibubapaan

Sakit Bawah Ari-Ari? Ibu Mengandung Boleh Cuba Buat Begini

by Opie Azizlan
January 5, 2022
0

Team Wanista nak tanya, ibu-ibu yang mengandung pernah tak alami Pelvic Girdle Pain (PGP) iaitu rasa sakit pada bahagian ari-ari?...

Baca Lagi
Foto - Astro Awani
Keibubapaan

Sebut 3 Ayat ‘Magik’ Depan Si Kecil, Dia Akan Membesar Jadi Anak Yang Hebat

by IamLisa
December 20, 2021
0

"Ayish, minta tolong ambil beg tangan mama dalam bilik." Sedapkan bunyi hayat di atas? Jangan anda tak tahu setiap kata-kata yang...

Baca Lagi
Foto - KidZania
Keibubapaan

“Yes! Dah Buka Balik!”- Mak Ayah Perlu Tahu Ini Yang Best & Terbaru Di KidZania Kuala Lumpur

by Opie Azizlan
November 27, 2021
0

"Dah lama rasanya tak bawa anak-anak keluar jalan-jalan" Mak ayah apa kata kamu mula merancang untuk bawa anak-anak ke KidZania...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Keibubapaan

Anak Kerap Menangis Sampai Timbul Urat Hijau Antara Hidung & Mata, Apa Maksudnya?

by Opie Azizlan
November 23, 2021
0

"Menangis tak berhenti, sampaikan timbul urat hijau antara mata dan hidung. Sebab apa ye?" Selalu bila anak kerap dan suka...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.