Rasanya ini bukanlah perkara janggal yang berlaku di bumi gajah putih. Sering sahaja menawarkan pelbagai perkhidmatan menghairahkan untuk para pelanggannya yang terdiri daripada populasi pelancong asing, sebuah salon di daerah Chanthaburi beberapa minggu sudah mengumumkan bahawa mereka ada menyediakan servis istimewa buat semua yang mahukan kelainan.

Menarik perhatian kaum wanita, salon yang dikenali sebagai Sutteerak Hair Salon itu menyediakan seleksi khidmat merias rambut termasukkan mencuci dan memotong namun apa yang menariknya adalah jururias yang memenuhi salon itu adalah terdiri daripada sekumpulan lelaki tampan bertubuh sasa yang hanya memakai seluar jeans semata!

Mereka bukan sahaja tahu menegeringkan rambut wanita bahkan sudah dilatih secara profesional bagaimana mahu melakukan tatarias rambut seperti penggaya rambut di salon ternama lain. Menurut sumber, lelaki-lelaki ini juga boleh mendukung pelanggan jika mereka mahu.
Menjadi tular di internet sejak beberapa minggu sudah, nampaknya menjual servis yang berlandaskan elemen seksual sudah menjadi perkara biasa di Thailand.
TERKINI
Walau bagaimanapun, khabarnya perkhidmatan daripada lelaki separuh bogel itu bukanlah matlamat berterusan salon itu. Ia hanyalah berlangsung sebagai promosi sehari sebagai gimik di hari pertama pembukaan Sutteerak Hair Salon. Hanya beberapa pelanggan terawal yang hadir sewaktu hari pembukaan merasa mendapatkan servis daripada lelaki-lelaki berbadan sasa itu.
Untuk pengetahuan semua juga, ini bukanlah kali pertama berlaku servis seumpamanya kerana sebelum ini, sebuah gerai makan di Taiwan mendapat kutipan lumayan selepas mengupah beberapa orang model seksi yang hanya memakai bikini untuk menjadi pelayan sewaktu mempromosikan hari pertama pembukaannya.