Bila berbicara soal Met Gala, siapa sahaja yanng tidak teruja? Mengumpulkan lebih beratus sosialit, penggiat muzik dan aktres terkemuka bagi memeriahkan majlis, Met Gala atau nama rasminya Costume Institute Gala yang turut dikenali sebagai Met Ball ini adalah gala dianjurkan untuk mengutip dana khas bagi membiayai Institut Kostum di Metropolitan Museum of Art’s, New York.
Bukan itu sahaja, menandakan pembukaan pameran fesyen tahunan di muzium tersebut dan sebab itulah setiap seorang jemputan yang hadir ke acara ini ligat menggayakan pakaian yang pelbagai sambil berpandukan tema yang telah ditetapkan bagi tahun berkenaan.
“Heavenly Bodies: Fashion and the Catholic Imagination.”
Tema bagi pameran tahunan Institut Kostum di Metropolitan Museum of Arts dan Met Gala tahun ini adalah berpandukan kesucian ideologi fesyen yang dicuri daripada imej serta aura Kristian Katolik.
Untuk anda yang turut sama teruja, jom lihat siapa yang paling gah dan megah merentasi karpet merah Met Gala 2018 yang berlangsung baru sahaja sebentar tadi sekitar waktu Malaysia.
#1 Lily Collins @ Givenchy
#2 Amber Heard @ Carolina Herrera
#3 Blake Lively @ Versace
#4 Rihanna @ Maison Margiela
IKLAN
#5 Emilia Clarke @ Dolce & Gabbana
#6 Jasmine Sanders @ H&M
#7 Cardi B @ Moschino
#8 Priyanka Chopra @ Ralph Lauren
#9 Kate Bosworth @ Oscar de la Renta
#10 Rita Ora @ Prada
Menurut korang, selebriti mana yang paling anggun sekaligus berjaya menonjolkan watak Virgin Mary secara eksentrik? ❤