Bila nak belajar apa yang penting bukan sahaja pada ilmunya tetapi pada persekitaranya juga. Memang bertuah rasanya bila dapat tinggal dikawasan universiti yang bersih, cantik serta lengkap dengan kemudahan.
Kalau diluar negara memang sudah banyak bangunan-bangunan lama menjadi universiti dan bangunan bersejarah.
Mari kita lihat beberapa universiti seluruh dunia yang digelar universiti paling cantik di dunia!
#1 Universiti Cambridge – Cambridge, England
Keunikan universiti ini bukan sahaja pada reka bentuk bangunan tapi juga keindahan sekeliling. Lihatlah, para penuntut boleh mengambil angin ditepian Sungai Cam. Cantiknya…
#2 Universiti Coimbra – Coimbra, Portugal
Merupakan universiti tertua di Portugal sejak kurun ketujuh. Bukan sahaja tersenari universiti tercantik di dunia malah perpustakaannya juga hebat.
#3 Universiti Yale – New Haven, Connecticut
Bangunan universiti ini berunsurkan Gothic Victorian dan Ivy League. Merupakan institut ketiga tertua di Amerika Syarikat.
#4 Universiti Salamanca – Salamanca, Sepanyol
Universiti tertua di Sepanyol dan terkenal ciri rekaan Baroque iaitu senibina ekstravaganza dengan seni lukis dan muzik pada kuru ke 17 dan 18.
#5 Universiti Helsinki – Helsinki, Finland
Indah dengan warna-warna bangunan pastel dan yang paling mengagumkan ialah taman botani universiti. Ia menyimpan pelbagai jenis tumbuhan untuk tujuan penyelidikan sehingga 10 ekar.
#6 École Nationale Supérieure des Beaux-Arts – Paris, France
Ini adalah universiti permata di Perancis. Kampus ini menyimpan pelbagai artifak menarik seperti lukisan dari zaman Roman dan halaman besar yang menakjubkan.
Semua universiti diatas boleh jadi destinasi percutian. Iyalah semuanya punya rekaan lama dan bersejarah.