Kisah wanita ini mendapat perhatian portal berita kecantikan dunia kerana rahsia pada eyeliner yang dipakainya. Bahkan paling mengejut kerana walau berdepan dengan kemalangan dahsyat, eyeliner yang dipakai wanita kekal cantik dan langsung tidak comot. Tak percaya?
Kisah wanita ini dikongsi dalam satu review produk di laman web Kat Von D oleh @guadalahari di Twitter.
Y’all I was really out here looking for a new eyeliner and look at this review lmfaooo
She deadass took a picture in her neck brace I am deceased 😩 pic.twitter.com/j9jHjAei06— mewtwo wannabe (@guadalahari) April 24, 2018
Empunya diri dengan nama pena Bluntredhead menjelaskan tentang keberkesanan Tattoo Liner dari jenama popular Kat Von D langsung tidak menghampakannya, dia dilanggar oleh pemandu yang membawa sehingga 55 mph.
“Saya dibawa ambulans ke Unit ER di mana saya ditahan selama lapan jam. Maskara saya comot teruk kerana menangis dan mekap juga sudah tidak sememeh, tetapi tidak pada eyeliner yang masih cantik terletak, sayap pada eyeliner juga kelihatan sempurna. Produk ini sangat hebat. Jangan sesekali membeli eyeliner dari produk lain,” ujar wanita tersebut.
Melalui maklum balas lain, ternyata Tattoo Liner dari Kat Von D langsung tidak mengecewakan sama sekali. Produk ini sememangnya terkenal dengan penggunaan yang berkekalan sepanjang hari, walaupun pada kelopak mata berminyak. Dan melalui kisah viral ini meyakinkan lagi kenapa setiap wanita perlu miliki eyeliner ini.
Tattoo Liner dari Kat Von D boleh didapati di Sephora seluruh Malaysia.