Jackie Chan merupakan bintang tersohor di dunia tetapi baru-baru ini, anak perempuannya yang dikenali sebagai Etta Ng dan teman wanitanya mengejutkan ramai dengan berita mereka sedang merempat dan dalam keadaan yang terdesak. Apa yang berlaku?
Melalui Youtube, pasangan itu memberitahu penonton bahawa mereka sedang mencari tempat perlindungan kerana pihak berkuasa sedang mencari bahkan mahu memisahkan mereka berdua.
Etta, 18, tahun lalu mengejutkan netizen selepas mengaku dirinya merupakan seorang lesbian, menerusi perkongsian foto berlatar belakangnya pelangi, simbol kepada LGBT.
https://www.instagram.com/p/BZ276Nnn1Ar/?utm_source=ig_embed
Bersama disamping teman wanitanya, Andi Autumn, 30, Etta Ng berkata; “Kami telah kehilangan tempat tinggal selama sebulan kerana keluarga yang bersifat homophobic.
“Kami sangat terdesak, kami tidur di bawah jambatan dan banyak lagi tempat. Saya tidak faham apa yang sedang berlaku, kami pergi ke pejabat polis, hospital, tempat perlindungan komuniti LGBT tetapi mereka semua langsung tidak menghiraukan kami.
“Jadi itulah sebabnya kami membuat video itu kerana kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan buat masa sekarang. Apa yang saya tahu ialah cinta kami sangat kuat tetapi kami sangat terdesak, tiada siapa di antara keluarga, sahabat atau perkhidmatan kerajaan datang menghulurkan bantuan,” jelas Etta.
Ibu Etta, bekas pemenang Miss Asia Elaine Ng, bila dihubungi menjelaskan perbuatan “video” salah.
“Etta mempunyai masalah emosi. Tahun lepas, dia menjalani rawatan doktor tetapi tidak lagi menghadirinya sejak meningggalkan Hong Kong,” katanya.
Elaine mendakwa bahawa Autumn telah menjadi “pengaruh buruk” terhadap anak perempuannya itu.
“Saya rasa jika mereka tidak mempunyai wang, mereka perlu mencari pekerjaan. Mereka tidak boleh mengharapkan bantuan dan bergantung kepada kemasyhuran orang lain untuk mendapatkan wang,” terang Elaine Ng.
https://www.youtube.com/watch?v=v3s4AxWIgB0
Terdahulu, bila Jackie Chan ditanya perihal seksualiti anak perempuan seorang lesbian, bintang seni mempertahankan diri hanya memberitahu “jika itu pilihan dia, saya ikutkan sahaja.”
Hurmmm macam-macam hal…