Perkara paling seronok bila tiba Hari Raya selain juadah sate dan nasi impit ialah bergaya dengan pakaian baru. Busana hari raya tak lengkap tanpa kasut dan tudung yang matching!
Koleksi baru dari jenama tudung terulung Al Humaira muncul bersempena dengan lebaran yang bakal hadir. Berkelaskan dengan kualiti fabrik yang tiada tandingan selepas 8 tahun dalam industri fesyen, Al Humaira perkenal koleksi tudung raya yang lebih eksklusif dan sesuai untuk semua wanita.
Wanista simpulkan kenapa Koleksi Sempurna Raya 2018 menyempurnakan lagi raya anda…
#1 Mudah dibentuk
Ramai yang struggle untuk bentukkan awning dari selendang tapi dengan kualiti fabrik Al Humaira, si pemakai akan mudah mendapat awning yang bersesuaian dengan wajah. Malah selendang ini juga sangat mudah digayakan sebagai tudung bawal. Terletak elok sahaja muka anda.
#2 Banyak warna
Dalam setiap 6 rekaan koleksi ini terdapat 12 hingga 20 warna pilihan. Jadinya tak susah untuk anda mencari warna yang serasi dengan busana raya. Malah warna-warna yang tampil juga tidak hanya pada satu palet. Ada warna bold, pastel dan lembut.
#3 Sentuhan Swarovski
3 rekaan ditambah dengan perhiasan penuh batu Swarovski. Jika jenama tudung lain hanya titipkan batu Swarovski tapi Alhumaira membalas dengan jujukan batu Swarovski sepanjang shawl. Ranggi, elegan dan manis dengan hijab bertahtahkan Swarovski dari Alhumaira.
Rasanya koleksi Sempurna Raya 2018 Al Humaira boleh digayakan pada bila-bila masa sahaja bukan pada hari raya semata-mata.