Rapper terkenal yang juga suami kepada Kim Kardashian, Kanye West mempunyai koleksi jenama pakaian sendiri dikenali Yeezy. Pernah berkolaborasi bersama jenama gergasi sukan seperti Adidas dan Nike menghasilkan sneaker berkualiti dan menjadi koleksi kepada peminat tegar kasut sukan.
Dalam mengikuti arus peredaran fesyen, Kanye tidak mahu terlepas memberi peminat Yeezy satu rekaan baharu iaitu ‘YEEZY Slides’, kasut sarung atau dalam bahasa pasar selipar.
Memang sudah banyak slides dikeluarkan dari jenama-jenama mewah yang lain tapi lain dengan slides Yeezy ini. Masih lagi dalam rangka rekaan tapi sudah terima pelbagai reaksi (negatif, semestinya).
Minggu lalu, Kanye memuatnaik dua gambar draft YEEZY Slides di akaun Twitter. Namun baru sahaja dalam draft kasut itu telah mendapat banyak kecaman dan jadi bahan lawak.
Ada menyamakan kasut tersebut dengan kasut Crocs, selipar hospital dan permainan lego! Pantang sahaja ada item yang berwarna biru terus disamakan dengan kasut yang bakal berharga ratus-ratus ini.
Omg wow these look just like surgeons shoes #innovative x pic.twitter.com/XaWj8hkcfF
— Lucy Fallon (@lufallon) April 21, 2018
https://twitter.com/hjallday/status/987165683694923777
Yeezy Slides pic.twitter.com/qkCOKu7oI0
— zip code (@DJCrimeDawg) April 20, 2018
Yeezy slides? pic.twitter.com/NVlyFVX2oP
— Gene (@realGeneAugusto) April 19, 2018
Ada-ada sahaja pengguna Twitter mahu kenakan Kanye West. Sabarlah, kasut itu pun masih lagi perancangan belum siap sepenuhnya.