Ibu hamil umumnya sering mengalami masalah kesukaran tidur malam. Menurut pakar, lazimnya wanita akan mengalami masalah itu ketika awal kehamilan (trimester pertama) sekaligus menyebabkan kepenatan melampau pada hari keesokannya.
Insomnia dalam kalangan ibu hamil ini kemudian ditemani beberapa lagi simpton lain seperti sakit badan, pedih ulu hati, kekejangan kaki dan pelvis serta kekerapan kencing waktu malam.
Tambahan, perubahan hormon dan fizikal juga seringkali dianggap punca kepada pelbagai ketidakselesaan semasa hamil.
Pada tahun 2002, sebuah kajian telah menyatakan bahawa kaum wanita lebih sukar untuk tidur berbanding lelaki. Selain sebab kehamilan, hal ini kemudian mempunyai hubung kait dengan masalah perubahan hormon serta kitaran haid.
“Menopaus yang menggalakkan perubahan suhu badan (lekas berasa panas) juga mendorong kepada masalah insomnia dalam kalangan wanita berusia 40 tahun ke atas”
Sebagai persediaan, Wanista kongsikan tips bagaimana anda boleh mendapatkan tidur lena agar kesihatan tubuh dan mental lebih terjaga.
#1 Jangan Tidur Masa Perut Kosong
“Perut kenyang, suka hati”. Untuk itu, pastikan perut sudah berisi sebelum masuk tidur. Ini bagi mengelakkan perut anda terasa lapar seterusnya mengganggu waktu tidur. Jika berdiet, sekurang-kurangnya makanlah buah-buahan, kekacang atau sandwich kerana ia mengandungi sumber protein yang tinggi.
#2 Kurangkan Minum Air Selepas Jam 6 Petang
Jika anda kerap kecing malam, cuba kurangkan minum air selepas jam enam petang. Minuman seperti kopi atau soda umunya amatlah tidak disyorkan kerana ia menggalakkan proses pembuangan air kecil yang lebih kerap.
#3 Tilam Berkualiti
Ibu mengandung umumnya memerlukan sokongan tubuh yang wajar sewaktu tidur melihatkan posisi tubuh bahagian tengah badan sudah semakin besar dan berat jadi, sila beli dan manfaatkan tilam berkualiti seperti dari jenama SONNO ini.
Tilam Sonno diperbuat daripada lateks asli bahkan, lekukan tilam istimewa ini juga mampu mengikut bentuk tubuh orang yang tidur diatasnya serta lembut dan anjal biarpun tidak berspring.
#4 Tidur Telanjang!
Mungkin ramai yang tidak menyukai tips yang ini tetapi itulah hakikatnya. Apabila badan berasa selesa tanpa sebarang genggaman pakaian tidur yang ketat dan kulit senang bernafas tanpa sebaranghalangan, tidur anda akan jadi lebih lena. Kajian juga ada membuktikan bahawa pasangan yang tidur bersama tanpa seurat benang bahagia berpanjangan!
#5 Matikan Semua Peralatan Elektronik
Sebaiknya tidur dalam gelap jika mahu tidur yang lena. Sebelum itu, pastikan juga diri anda tidak diganggu sebarang notification daripada Facebook, Instagram, Whatsapp dan segala bunyi-bunyian seperti televisyen. Matikan semua lampu, televisyen, komputer riba dan tetapkan telefon pintar pada mod senyap atau paling tidak perlahankan bunyinya.
Ingat… tilam hanya untuk anda tidur sahaja.
Selamat beramal! ❤