Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home News

Suka Simpan Banyak Barang Tanda Kamu Ada Sakit Mental

by Afiqah Syamin
April 23, 2018
6
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tak dinafikan, ramai di antara kita ini bukannya rajin sangat hendak berkemas. Kalau rajin sekali pun, lebih banyak barang yang disimpan semula daripada dibuang. Kadang tu, barang yang sudah rosak pun masih hendak disimpan katanya, “Elok lagi ni, boleh simpan dan hantar pergi baiki nanti” tetapi sudahnya, sampai hujung tahun terperuk dalam stor.

Jadi, apa sebenarnya masalah anda kalau itu sifat semula jadi kamu? Seperti penulis pun, penulis memang jenis suka simpan barang lebih-lebih lagi kertas pembalut hadiah dan beg kertas. Sampai tag harga baju pun penulis simpan tau. Penuh satu kotak besar. Memang dari dulu setiap kali shopping baju… penulis akan simpan price tag. Benda tu memang layak dianggap sampah tapi entah kenapa agaknya ya?

Sumber: baguete.com.br

Kajian mendapati terdapat hubung kait antara tabiat gemar menyimpan barang dengan sakit mental. Ayuh Wanista huraikan…

Tabiat Suka Simpan Barang Adalah Penyakit Yang Digelar “Hoarding Disorder”

Dipetik daripada laporan Berita Harian Online, menurut Pakar Psikiatri Dr. Mohd Faiz Md Tahir, kes yang dibangkitkan kemungkinan besar boleh dikaitkan dengan keadaan psikiatri yang dikenali sebagai ‘hoarding disorder’.

Beliau yang juga pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kampus Kuantan menjelaskan ‘hoarding disorder’ adalah suatu keadaan psikiatri yang membuatkan seseorang individu mempunyai keinginan tinggi untuk mengumpul pelbagai jenis barang dalam kuantiti melampau dan lazimnya mereka sukar untuk membuangnya dengan rela hati.

Sumber: telegraph.co.uk

“Barang yang dikumpul atau sukar untuk dibuang itu jelas tidak mempunyai kegunaan praktikal malah berkemungkinan besar tidak membawa apa-apa keuntungan daripada sudut nilai ekonomi.

“Pergantungan melampau terhadap barang-barang itu mungkin kerana percaya akan ada kegunaan untuk barang itu pada masa hadapan meskipun hakikatnya memang langsung tidak,” katanya.

Bawa Padah

Ketahuilah bahawa jika masalah ini tidak diambil peduli ia bisa merosakkan diri malah menjejaskan kehidupan orang di sekeliling dalam masa yang sama.

#1 Parah Tertekan

Rumah sepatutnya jadi tempat kita merehatkan minda tetapi lain pula jadinya bila rumah yang kita bisa anggap sebagai “syurga” itu punah menjadi tempat penyimpanan barang-barang umpama stor gergasi yang membawa tekanan kepada diri.

Sumber: livablesolutions.com

Sudahlah di pejabat tertekan, balik rumah bertambah tertekan jadinya!

#2 Diri Jadi Kuat Makan

Nah, kajian membuktikan orang yang memiliki tabiat menyimpan barang secara melampau ini rupanya turut mengalamai masalah pemakanan.

Sumber: rd.com

Suasana yang berselerak akan membuatkan seseorang berasa tertekan dan apabila tertekan, individu berkenaan akan terdorong untuk makan secara berlebihan tanpa kawalan -melepak di kerusi malas sambil mengunyah snek walhal perut tidaklah lapar mana pun.

#3 Lembab & Kurang Produktif

Timbunan barang bukan je buat mata kita sakit tapi kita sakit kepala juga! Konsepnya sama seperti mesej yang diterima dalam telefon pintar, bila bertalu-talu orang hantar mesej dan boleh kata semua group dalam Whatsapp itu aktif… ha serabut tak kepala ingin membaca satu-persatu mesej yang diterima tu?

Sumber: SheKnows

Apa entah lagi jika melihat barang-barang berselerak di depan mata! Semakin banyak barang yang bersepah, semakin bersepah jugalah sel-sel di dalam kepala kamu tu membuatkan kamu hilang fokus dan hasilnya, diri sukar menjadi produktif.

#4 Pemencilan Diri

Selain menyusahkan diri sendiri, “Hoarding Disorder” juga boleh menyebabkan orang lain di sekeliling terima padah.

Apabila kamu perlu berenang menyusuri lautan barang “lapuk”, keluarga kamu juga terpaksa bertahan dan menelan emosi.

Sumber: Nick Falkner/Wordpress

Akibatnya, satu-persatu ahli keluarga membenci kamu dan menjauhi diri kamu… lebih-lebih lagi apabila kamu tak ambil pusing pun teguranyang dilemparkan ahli keluarga. Jika kamu sukar hendak mengubah tabiat buruk itu, semakin keseorangan lah kmau nanti.

#5 Mudah Nyayuk

Bila barang dah menimbun, macam mana tak nyanyuk pula kan. Hidup sambil dikelilingi barang yang tidak berguna nanti bila tiba-tiba urgent perlukan sesuatu, mesti kelam kabut anda hendak mencari objek berkenaan.

Sumber: burmadigest.info

Daripada sudut psikologi, ia dipanggil “mental clutter” dan ialah yang menjadi kunci utama mengapa seseorang boleh jadi nyanyuk. Mula-mula lupa… lama-lama terus hilang ingatan dibuatnya!

Jadi kalau tidak mahu mendedahakn diri dengan masalah mental sebegini, mulai dariapda hari ini relakan diri untuk membuang segala perkakas atau objek yang sudah tidak berguna.

Selamat beramal! ❤

RUJUKAN 1, 2, 3

Tags: Hoarding DisorderSakit mentalSuka Kumpul BarangSuka Simpan Barang LamaTabiat Suak Simpan BarangTanda Sakit Mental
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Times of India
Kesihatan

Nak Vagina Bersih Dan Sihat? Cuba Buat Macam Ini…

by Opie Azizlan
February 16, 2021
0

Siapa saja yang tidak mahu vagina mereka bersih dan sihat? Untuk pengetahuan kamu, penting bagi setiap wanita untuk kekalkan kebersihan...

Baca Lagi
Foto - Smita Tandon, MD
Keibubapaan

Peka! Anak Anda Patut Dapat Vaksin Jenis Ini

by Opie Azizlan
December 23, 2020
0

Setiap bayi dilahirkan dengan perlindungan terhadap beberapa penyakit sama ada berjangkit atau berbahaya. Mereka mendapat perlindungan ini daripada antibodi semasa...

Baca Lagi
News

Dah 40 Tahun Lebih, Selebriti Ini Gayakan Bikini Persis Anak Dara

by Opie Azizlan
October 28, 2020
0

Memakai bikini tidak menjadi penghalang bagi wanita yang berusia 40 tahun dan lebih untuk kelihatan bergaya ketika memakainya. Jangan silap,...

Baca Lagi
News

Perhiasan Cindertoella Membuatkan Wanita “Born To Be Real, Not Perfect”

by Opie Azizlan
October 27, 2020
0

Diasaskan pada tahun 2018, Cindertoella adalah sebuah jenama fesyen dan perhiasan buatan Malaysia yang diasakan oleh dua orang usahawan wanita....

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.