Seperti yang kita semua tahu, Cara Delevigne yang merupakan supermodel antarabangsa ini bukan sahaja kelihatan gah dihadapan lensa kamera malah dalam dunia realitinya, ramai peminat memberi maklum balas bahawa belaiu adalah seorang insan yang paling ramah dan mudah didekati.
Baru-baru ini, beliau tampil bekerjasama dengn PUMA untuk melancarkan koleksi PUMA Suede Bow baharu istimewa untuk musim bunga 2018.
Istimewa koleksi kali ini, PUMA Suede Bow dihiasi rona yang eksentrik menampilkan warna jingga koral sambil dihiasi perincian riben pada bahagian belakang pastinya sesuai untuk pemakaian gadis berjiwa ranggi.
Untuk keterujaan semua, Wanista kongsikan lima perkara yang kami suka tentang rekaan kasut jalanan PUMA Suede Bow terbaharu ini.
#1 Ranggi Di Musim Bunga
Bila lagi hendak bergaya sakan dengan item fesyen yang berwarna-warni?! Koleksi PUMA Suede Bow kali ini menerapkan sifat ceria dan personaliti diri Cara Delevigne yang dapat dinilai dariapda perincian serta pemilihan warnanya.
Selain tampak trendy dan memiliki potongan tapak rata yang memberi keselesaan kepada pemakai, anda biasa menyerlahakn sifat berani diri dengan sepatu ini biapun hanya memakai seluar dan baju-T biasa. Bak kata Marilyn Monroe, “Give a girl the right shoes and she can conquer the world”.
#2 Warna Coral!
Jarang melihat rona jingga koral pada sneakers kan? Memandangkan PUMA mahu menyalurkan elemen fesyen jalanan yang bersahaja tetapi masih mampu memperlihatkan sifat feminin pada reka bentuk sneakers ini, rona jingga koral dipilih dan pastinya mampu menyerlahkan gaya si pemakai dalam sekelip mata!
#3 Perincian Riben Unik
Untuk Suede Bow kali ini, perincian ribennya terletak pada bahagian belakang berdekatan tumit. Untuk itu, ia bisa memberikan sensasi kelainan buat si pemakai umpama memakai kasut yang memiliki dua sifat dalam satu penggayaan.
Dariapda hadapan ia mungkin kelihatan bersahaja tetapi dari belakang, kasut ini akan kelihatan begitu comel dihiasi simpulan riben gergasi!
#4 Kombinasi Suede dan Satin
Kedua-duanya material mewah, reka bentuk kasut masih mengekalkan penggunaan material ikonik yang berasaskan suede manakala ribennya pula diperbuat daripada fabrik satin mewah warna senada.
#5 Harga Tak Sampai RM400
Umunya, kita tahu sneakers berjenama selalunya berharga ratusan ringgit dan ada sesetengahnya menjangku RM700 hingga ribuan ringgit. Menariknya PUMA Suede Bow baharu inspirasi Cara Delevigne ini, penulis menjangkakan harganya tidak akan melebihi RM400 sepasang. Ia akan mula dipasarkan pada 26 April ini.
Bagi yang mengumpul sneakers, pasti koleksi PUMA Suede Bow kali ini menambat hati anda kan?