Selepas berkelahi sakan dengan kedua ibu dan bapanya, budak sekolah berusia 12 tahun ini tampil berani mencuri kad kredit milik ibunya sekaligus menempah penerbangan untuk bercuti ke Bali!
Hasilnya, kanak-kanak licik ini bukan sahaja bisa menginap di hotel mewah bertaraf empat bintang selama empat malam bahkan turut mampu berbelanja seperti orang dewasa sepanjang berada di sana biarpun bersendirian.
Menurut cerita ibunya, dia langsung tidak mengetahui perancangan anaknya itu.
Kanak-kanak lelaki yang cuma digelar Drew itu sempat menempah penerbangan murah untuk ke Bali, Indonesia pada sehari sebelum dirinya rancang untuk lari dari rumah bahkan menggunakan servis “Self Check-in” untuk mengelakkan dirinya diragui pihak kakitangan lapangan terbang.
Menurut sumber lagi, Drew telah mengambil penerbangan dari Sydney ke Perth sebelum menuju ke daerah Denpasar, Bali. Tambahan pula, dirinya juga pelik mengapa tiada seorang pun orang dewasa atau kakitangan penerbangan yang bertanya kepadanya mengapa dia bercuti berseorangan.
“Mereka cuma tanya kad pengenalan pelajar saya berserta passport sebagai bukti yang saya sudah berumur lebih 12 tahun,” tambahnya.
Tonton Teaser Liputan Drew & Percutian Solonya Ke Bali
Sewaktu kedua ibu bapanya membuat laporan polis ekoran kehilangannya kerana tidak pulang-pulang selepas waktu persekolahan. Drew sudah pun berada di Hotel All Seasons.
Menurut ibunya yang senang dipanggil Emma itu, dia dan suami sangat terkejut dan terpaku sebaik mengetahui yang anaknya sudah berada di luar negara. Saat itulah juga dia menyedari anaknya itu tidak gemar dengan perkataan “tidak”. Sebaik diketahui lokasi keberadaannya, kanak-kanak itu terus diterbangkan pulang kembali ke Sydney.