Baca tajuk sudah membuatkan hati penulis berbunga riang dengan senyuman manis di bibir.
Bayangkan seorang nenek menghabiskan masa lima jam sehari semata-mata mahu belajar Bahasa Inggeris supaya dapat berkomunikasi dengan cucunya.
Bukankan itu sangat sweet?
Perkara tersebut dikongsikan oleh cucu yang dikenali sebagai Tracy Vu di Twitter.
“Nenek saya menghabiskan empat hingga lima jam setiap hari belajar Bahasa Inggeris supaya lebih mudah untuk berbual dengan saya, Jika ini bukan tanda sayang, maka saya tidak tahu apakah itu.”
Vu yang berketurunan Vietnam kini menetap di Texas berkata bahawa dia boleh berbahasa Vietnam tetapi sukar apabila dia tidak tahu perkataan atau frasa tertentu.
Lihat sahaja setiap nota yang dibuat oleh nenek Vu, sangat cermat dan terlalu comel.
Nenek kini sudah tinggal di Texas, jadi mengambil inisiatif belajar bahasa tersebut kerana melihat kepayahan cucu berbahasa Vietnam.
Why so sweet grandma??