Bukan fesyen luar sahaja yang kena ikut trend terkini, yang dalam juga tau.
Kini, wanita bukan sahaja mahukan pakaian dalam yang terdiri daripada bra dan seluar dalam yang selesa, bahkan mereka juga melihat pada rekaan dan kualiti kain walaupun hanya dipakai bahagian dalam sahaja.
Jika anda mengikuti perkembangan semasa, ini trend pakaian dalam tahun 2018 yang mesti dimiliki menurut Lyn Lewis, CEO jenama Journelle.
#1 Sheer prints
Fabrik sheer miliki jenis yang nipis dan transparent. Sheer biasa digunakan untuk penampilan yang elegan dan anggun.
“Helaian ini sangat halus dan indah, ia juga membuatkan si pemakai kelihatan playful dan cheeky bila di ranjang.”
#2 Bodysuits
Inilah pakaian dalam terbaik, kalau anda nak tutup bahagian lemak di bahagian perut. Sangat praktikal, anda juga tidak perlu memakai camisole jika sudah mengenakan bodysuits.
#3 Baldu
Kain baldu adalah salah satu fabrik halus dan paling lembut antara fabrik-fabrik lain. Fabrik baldu memerlukan penyelenggaraan yang kurang, mudah dicuci dan dikeringkan.
“Baldu membuatkan si pemakai kelihatan classy dan juga on-trend sekarang.”
Sekarang juga tukar bra dan panties korang tu…