Seperti biasa, warga internet masa kini tidak pernah habis dengan trend cabaran pelik untuk dicubadan terbaharu, selepas beberapa trend terdahulu, menyedut kondom menggunakan hidung pula mendapat tempat.
Menjijikan si pelaku akan menyedut keseluruhan kondom tersebut menerusi sebelah lubang hidungnya kemudian menariknya keluar melalui mulut.
Untuk pengetahuan semua, cabaran ini pernah popular dalam kalangan pengguna internet yang ‘gila’ beberapa tahun sudah dan nampaknya ia kembali untuk dicuba lagi bagi yang gemar mencabar diri.
Beratus video cabaran menyedut kondom itu dimuat naik ke Youtube namun tanpa disedari, ia sebenarnya bisa mengundang maut jika tersilap langkah.
Bruce Lee, Profesor Madya di John Hopkins Bloomberg School of Public Health menulis sebuah artikel di dalam Forbes berkata, kondom tersebut bukan sahaja bisa tersekat jauh di dalam rongga hidung bahkan berpotensi untuk menjejaskan beberapa tisu yang berada di kawasan dalam wajah secara negatif.
Soal Bruce lagi, “Apakah dengan melakukan perkara sebegitu mendatangkan untung kepada si pelaku… semata-mata untuk mendapat perhatian merangkumi sukaan dan tontonan daripada orang ramai?”
Bukan itu sahaja, kondom yang biasanya dibuat daripada material getah jenis lateks itu boleh menyebabkan alergik serta infeksi kepada si pelaku.