Seperti yang kita tahu, Coca-Cola adalah minuman soda kegemaran ramai jika hendak dibandingkan dengan jenama-jenama lain yang ada di pasaran. Rasa sodanya memikat, ia lazimnya dipadankan dengan menu makanan mengancam seperti makanan segera McDonalds, restoran-restoran mamak dan banyak lagi.
Namun, jarang kita ketahui sebenarnya Coca-Cola ini mempunyai banyak perisa lain selain daripada perisa asalnya.
Untuk berkongsi dengan semua, Wanista senaraikan 10 perisa Coca-Cola pelik dari serata dunia!
#1 Coca-Cola Bakon
Cuba bayangkan bila air berkarbonat yang anda minum itu ada rasa daging?
Penulis sendiri pun belum dapat menyahihkan kewujudan Diet Coke with Bacon ini. Foto tin Coca-Cola berperisa unik ini tersebar beberapa ketika dahulu sehingga mendapat perhatian dunia. Kalau betul wujud, penulis pun nak rasalah… but with chicken bacon please! hehe
#2 Coca-Cola Blak
Yang ini memang wujud tetapi hanya diedarkan di negara Eropah utama seperti Bulgaria, Canada, Czech Republic, Perancis, Slovakia dan Sepanyol.
Kata mereka, Coca-Cola Blak ini miliki rasa kopi. Pelik kan?
#3 Coca-Cola “OK”
Kembali ke zaman 1993, Coca-Cola menganjurkan manifesto menerusi rekaan tin yang menggunakan grafik ciptaan penulis novel Charles Burns dan Daniell Clowed berserta frasa “Things Are Going to Be OK” serta “What’s The Point of Being OK”.
Rasanya pula seperti rasa buah sitrus yang melampau! Ia dijual di beberapa buah negara dan sudah pun diberhentikan pengeluarannya.
#4 Coca-Cola Ceri Hitam Dengan Vanila
Tak cukup dengan rasa Vanila atau Ceri sahaja? Searang kita gabungankan keduanya untuk menjadi suatu perisa yang hebat dalam bentuk Coca-Cola!
Walau bagaimanapun, ramai mengkritik bahawa perisa ini rasanya seperti ubat batuk.
#5 Coca-Cola Vitamin
Menariknya Coca-Cola Vitamin ini, ia mengandungi khasiat vitamin baik serta antioksidan!
Tetapi, sejauh mana pula agaknya minuman bergas begini bisa memberi manfaat kepada tubuh badan manusia biarpun dikatakan bervitamin? Hmm…
#6 Coca-Cola Teh Hijau
Seperti biasa, Jepun memang terkenal dengan inovasi makanan yang pelik-pelik. Kali ini muncul dengan Coca-Cola teh hijau pula!
Dilancarkan pada 2009, namun ianya tidak begitu mendapat sambutan kerana memiliki rasa yang pelik. Komen seorang pengulas makanan, rasa Coca-Cola teh hijau ini seperti rasa ‘air buangan’.
#7 Coca-Cola Oren
Dilancarkan pada 2007, ia dikeluarkan selepas Coca-Cola perisa lemon dan limau nipis.
Ternyata Coca-Cola yang berperisa buah-buahan masam bersitrus ini digemari ramai namun ia hanya boleh didapati di Latvia, Poland dan Rusia.
#8 Coca-Cola Peach
Biasanya, rasa buah peach dalam minuman hanya ada pada teh. Namun, apabila Coca-Cola memperkenalkan perisa Peach ini dalam rangakainnya, ramai yang teruja namun hanya boleh dibeli di Jepun.
Ramai orang kata rasanya sedap, aroma peach juga dapat dihidu sebaik botol atau tin Coca-Cola tersebut dibuka.
#9 Coca-Cola Halia
Edisi terhad bersempena Tahun Baru Cina! Ini mungkin merupakan Coca-Cola paling mewah kerana emmiliki sensasi rasa pedas yang bisa menghangatkan hari-hari anda.
#10 Coca-Cola Stevia
Coca-cola stevia ni tidaklah sepelik mana, cuma penggunaan ramuan gula dalam Coca-Cola yang ini telah diganti dengan manisan semula jadi yang diekstrak daripada tumbuhan Stevia!
Baru sahaja masuk ke pasaran Malaysia, sesiapa yang ada penyakit atau tengah berdiet kawal gula tu kalau teringin hendak minum Coke, bolehlah pilih Coca-Cola Stevia ni! Terdapat dalam pilihan tin dan botol.
Selamat mencuba! ❤