Teruja tak tengok bantal yang satu ini?
Pengguna media sosial jadi ‘gila’ sekejap bantal peluk buatan Jepun berbentuk tubuh badan lelaki sasa dengan six packs menjadi tular.
“Oppai Pillow” dicipta oleh Shirane, graduan dari Ochanomizu Institute of Art, Tokyo, Jepun. Ia bermula sebagai projek biasa ijazah sarjana muda dan siapa sangka rata-rata graduan sanggup membeli untuk diri mereka sendiri kerana bentuknya yang unik dan rasa senang bila dipeluk.
Bantal itu diklasifikasikan sebagai iyashi item, yang kononnya membantu “menenangkan jiwa dan emosi.” Walaubagaimanapun, tidak dijelaskan jenis bahan yang digunakan sama ada bulu atau kapas. Yang pasti ramai ingin memiliki bantal peluk untuk diri mereka sendiri. Tengok bentuk sahaja dah tahu kenapa ramai ingin membelinya, lebih-lebih lagi gadis yang kesunyian, sebagai peneman di malam hari.
https://twitter.com/oppai_makura/status/973440329499082752?ref_src=twsrc%5Etfw&ref_url=https%3A%2F%2Fnextshark.com%2Fjapanese-huggy-pillow-ladies-will-surely-make-someones-night-bit-warmer%2F
Oppai Pillow berharga 10,000 yen ($93) setiap satu. Agaknya empuk tak bantal ni?