Malasnya… Dah tak rasa seronok ke tempat kerja, segalanya rasa terlalu banyak beban.
Siapa pernah terfikir seperti itu?
Setiap kali bangun pagi pasti terasa murung untuk ke tempat kerja apatah lagi memikirkan tugasan yang masih belum tersedia. Berbeza pada hari pertama ke tempat kerja, masa itu wah bersemangat senang sahaja bangun tidur.
Sebenarnya pengaruh dari emosi dan faktor persekitaran pejabat juga main peranan. Antara kita dan kerja ialah suatu hubungan yang perlu dijaga bukan sahaja hubungan dengan manusia. Jadi bagaimana agaknya untuk menyemarakkan kembali semangat untuk bekerja?
#1 Kenalpasti perubahan
Cuba lihat sekeliling anda, kenalpasti dengan perubahan yang berlaku. Adakalanya ia berkaitan dengan masalah peribadi atau menerus dengan kerja anda. Bila anda mula tahu apa masalah yang dihadapi barulah anda boleh cari langkah untuk perbaikinya.
#2 Apa yang suka dan tidak?
Jangan kerana nila rosak susu sebelanga. Kenangan perkara yang buat anda enjoy bila bekerja, pasti ada bukan. Jadikan ia sebagai motivasi dan semangat serta cuba kembali explore. Tanya pada diri anda “apa yang buat aku suka dengan kerja ini?” atau “projek dan perbincangan yang paling aku suka”. Senaraikan juga kejayaan yang pernah anda lakukan sepanjang berkhidmat.
#3 Galas lebih tanggungjawab
Tugas yang ada sekarang mungkin sudah menjadi suatu rutin a.k.a anda jadi bosan! Cuba selangkah ke hadapan untuk menambah tugasan atau cari tugasan yang lain. Manalah tahu, gaji dan pangkat pun boleh naik. Jadi rajin sikit. Heee..
#4 Waktu peribadi juga penting
Mungkin sebelum ini anda terlalu fokus dengan kerja sehingga menganggu waktu peribadi. Mental dan fizikal juga perlu terpelihara dari perkara yang terlalu serius. Cuba lakukan kerja anda dengan lebih santai atau gaya yang seiring dengan kehendak peribadi anda. Janganlah terlalu mengejar deadlines sehingga lupa untuk sayangi diri anda dahulu.
Cubalah…jangan malas nak bekerja sampai ikut perasaan nak berhenti. Cuba bayangkan orang yang sudah lama menganggur, lagi kasihan.